Alhamdulillah, pada hari raya ini, kita dapat menyambut perayaan terbesar ummat Islam, iaitu Idul- Adha, Hari Raya Qurban, bersempena ibadat qurban dan haji ummat Islam di Makkatul-Mukaramah. Ibadat qurban ini adalah berkait rapat peristiwa pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS semata-mata kerana taat setia dan kepatuhan mutlak hanya kepada Allah SW.
Baginda mengajar kita supaya tidak sekali-kali membantah perintah Allah, walau seberat mana sekalipun.
Perintah menyembelih anak kesayangannya Ismail AS, yang tentu tidak masuk akal dan teramat berat, telah dilakukan dengan sepenuh penyerahan diri kepada Allah, tanpa apa-apa soal dan alasan.
Allah SW telah mengabadikan kisah agong ini dalam ayat 103-107 surah As-Saafat yang maksudnya:
“ Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat menjunjung perintah Allah, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakan iringan mukanya mengiringi lambungnya untuk disembelih; Kami menyerunya : Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau membenarkan perintah Allah dalam mimpi mu.Sesungguhnya begitulah Kami membalas orang yang berbuat baik.Ini benar-benar suatu ujian yang nyata dan kami tebus anak itu dengan sembelihan yang besar."
Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yang terkandung dalam kitab suci al-Quran. Ini termasuk dalam pelaksanakan hukum Hudud yang pernah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan penjajah.
Kita bukan disuruh sembelih anak tersayang seperti Nabi Ibrahim. Sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri, menyebat dan merejam orang yang berzina, menyebat peminum arak dan membunuh orang murtad. Semua mereka hendaklah di hukum dengan hukum Allah yang dijamin berkesan dan mendapat keampunan dari Allah. Mengutamakan hukum sivil mengatasi hukum Allah adalah satu penghinaan terhadap hukum Allah.
Muslimin,Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Negara kita yang sedang menghadapi bencana keruntuhan moral dan peningkatan jenayah yang sangat membimbangkan. Pelbagai usaha dan denda dikenakan tetapi tidak berkesan. Berbilion ringgit telah dihabiskan dalam menghadapi gejala ini tetapi belum nampak kejayaannya.
Kenapa masih ragu-ragu terhadap hukum yang ditentukan oleh Allah untuk menghukum penjenayah? Sepatutnya pihak yang berkuasa berusaha bersungguh-sungguh memberi penjelasan dan merancang pelan pelaksanaannya. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukum Hudud ini dikenakan kepada orang Islam sahaja. Mereka diberi pilihan dihukum dengan undang-undang sedia ada atau Hukum Islam.
Apakah kita sudah benar-benar menghayati falsafah disebalik kisah ini? Tidakkah kita melihat dihadapan kita, banyak perintah-perintah Allah yang telah diabaikan dan tidak dilaksanakan? Bahkan dipandang serong oleh sebahagian ummat Islam yang memjunjung pemikiran sekular!
Betapa ramai ummat Islam yang tidak mengendahkan perintah kewajipam solat! Betapa ramai yang tidak menutup aurat sedangkan ia adalah perintah yang wajib! Ramai juga menghalalkan judi atas nama sukan sedangkan ianya haram disisi Allah!
Terdapat juga yang menolak hukum-hukum Allah dengan pelbagai alasan! Perjuangan menegakan hukum Allah yang merupakan perjuangan suci para anbia’ ditinggalkan!
Dan pelbagai kemungkaran telah dilakukan oleh ummat Islam tanpa segan dan silu. Semua ini menuntut kita bermuhasabah, sejauh mana penghayatan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS ini, bukan hanya mengulang cerita semata-mata.
Adakah kita benar-benar beriman kepada Allah? Atau hidup kita penuh dgn kekufuran? Tepuk dada, tanyalah Iman.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Di hari ini dan hari-hari tasyriq kita melakukan ibadat qurban dengan menyembelih binatang ternakan. Kita dilatih dengan ibadat ini untuk berqurban apa sahaja kerana agama, sama ada dengan harta atau pun nyawa.
Darah-darah qurban memancut pembakar semangat kita untuk terus berjuang menegakan syariat Allah di bumi ini. Tekanan dari pihak kufar dan munafiqin- berupa ejekan, tekanan ekonomi dan politik tidak akan mematahkan semangat pejuang-pejuang Islam. Mereka yaqin bahawa agama Allah akan tetap menang sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah.
Fajar kemenangan Islam sedang menyinsing naik. Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Tunisia adalah bukti kebenaran janji Allah. “Takkan Hilang Islam Di Dunia”. Gerakan Islam sedang bangkit diseluruh dunia, ayuh! Marilah kita semua bersama-sama dengan gerakan Islam dan menjadi “UnsuruLlah”.
Rugilah mereka yang tidak bersama dengan perjuangan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah - Perjuangan para anbia’ dan mursalin. Hendaklah kita perbetulkan dasar perjuangan kita dengan meletakan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,
Disaat ini jutaan ummat Islam sedang menunaikan rukun Islam yang kelima di Makkatul-Mukaramah. Mereka menjadi tetamu Allah.
Jutaan ummat Islam dari pelbagai bangsa dan warna kulit dari seluruh pelusuk dunia melakukan wuquf di padang ‘arafah serbagai muktamar agong tahunan ummat Islam. Mereka disatukan oleh Allah dengan tuhan yang satu iaitu Allah, agama yang satu iaitu Islam. Qiblat yang satu iaitu Kaabah. Laungan yang satu iaitu takbir Allahu akbar. Mereka telah meninggalkan kampung halama dan negara , mereka meninggalkan anak-anak dan saudara mara, mereka meninggalkan segala pekerjaan dan perniagaan, mereka menghabiskan ribuan harta benda semata-mata menyahut panggilan Allah :
“LabbaikaLlahuma labbaik.Labbaika la-syarikalak labbaik. Innal hamda wa ni’mata, lakal-mulk; la-syarika-lak”
Inilah demonstrasi terbesar ummat Islam bagi menggerunkan musuh-mush Allah.
Di Mina pula, mereka berdemonstrasi membaling batu sebagai simbolik penentangan tegas mereka terhadap syaitan yang menganggu perjuangan mereka menegakan syariat Allah. Kita mendoakan agar mereka mendapat haji yang mabrur dan istiqamah dalam pengorbanan mereka dalam melaksanakan dan menyahut segala perintah Allah bila pulang ke Malaysia nanti.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, Pelaksanaan Islam yang sempurna tidak mampu dilaksanakan oleh pemimpin yang jahil dan tidak berminat kepada sistem Islam.
Ingatlah bahawa pemimpin yang wajib kita pilih ialah orang yang mampu bukan setakat mampu membina jambatan didunia tetapi yang paling penting mampu membawa kita untuk selamat semasa melintasi titian siratul-Mustaqim di akhirat nanti.
Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah orang yg menjual akhiratnya kerana dunia orang lain iaitu dia sendiri tidak kalut dengan dunia tetapi terus mempertahankan orang yang gila dunia dan kuasa. Kita juga mesti mengelak daripada terlibat dengan sebarang rasuah dalam memilih pemimpin tambahan pula pemimpin tersebut adalah dzalim terhadap rakyat.
Jika mereka menabur wang ringgit dan menyuruh agar memilih serta mengekalkan kedudukan mereka lalu penerima wang tadi menurut kehendaknya semata-mata kerana mengambil wang tersebut maka dia telah terlibat dengan rasuah.
Dalam hal ini amaran keras telah dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu , maksudnya:
"Tiga orang dimana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari qiamat serta tidak sucikan? Mereka dan mendapat azab pedih adalah : …dan seorang lelaki yg taat setia kpd pemimpin dimana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya."
Kenapakkah setelah sekian lama kita diperintah oleh mereka yang mengaku menjadikan Islam sebagai agama rasmi, tetapi ummat Islam masih gagal menjadikan Islam sebagai cara hidup yang terbaik.
Allah berfirman dlm surah al-Haj, ayat 41 maksudnya :
“Iaitu mereka yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
Salah satu tugas terpenting pemerintah adalah “Amar maaruf nahi mungkar”. Tidak ada kemungkaran yang lebih besar kecuali kemungkaran menolak hukum Allah yang penuh kebaikan dengan menerima pelbagai hukum ciptaan manusia yang engkar terhadap Allah.
Sekiranya pemerintah Islam sendiri sanggup mengenepikan hukum Allah, maka sesebuah negara itu berhadapan dengan kemurkaan Allah, apabila Allah murka, segala maksiat dan bala tidak dapat dielakan lagi.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Dunia dikejutkan lagi dengan penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Namun kali ini dalam bentuk filem berjudul Innocence of Muslim – yang menghina dan memaparkan penipuan tentang peribadi Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang dibiayai oleh 100 orang Yahudi dengan menelan belanja 5 juta dolar Amerika. Filem ini telah menyebabkan kemarahan ummat Islam di seluruh dunia sehingga tercetus demonstrasi yang berlaku hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Penghinaan ini merupakan episod perancangan musuh Islam yang begitu dendam dan dengki terhadap ummat Islam. Kita masih ingat pada tahun 2005, bagaimana mereka melakukan provokasi dengan karikatur yang menghina Rasulullah SAW di Denmark.
Hari ini Rasulullah SAW dihina lagi tetapi dalam bentuk filem. Allahu Ta’ala telah menjanjikan pembalasan yang pedih iaitu neraka jahanam kpd mereka yg menyakiti Allah dan rasulNya SAW. Firman Allah bermaksud :
Sesungguhnya orang yg menyakiti Allah dan RasulNya, maka Allah akan melaknat mereka di dunia dan di akhirat serta menyediakan untuk mereka siksa yg hina” (al-Ahzab :57)
Islam adalah agama yang penuh dengan adab. Antara adab yang diajarkan oleh Allahu Ta’ala iaitu beradab dengan RasulNya kerana Rasulullah SAW adalah manusia pilihan Allah yang dipelihara daripada segala dosa dan maksiat dan wajib bersifat dengan siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
Firman Allah dlm surah al-Hujrat ayat 3, maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara semasa mereka berada di sisi Rasulullah, mereka orang-orang yang telah dibersihkan oleh Allah hati mereka untuk bertaqwa mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.”
Muslimin dan Muslimat sekalian,
Islam meletakan garis panduan yang jelas bahawa mereka yang menghina Rasul boleh membawa kepada tergelincir ‘aqidah dan membawa seseorang itu keluar dari agama Islam.harus diingat, mereka yang menghina sunnah yang diajar oleh Baginda dan segala apa yang disukai oleh Baginda maka sebenarnya ia juga termasuk dalam kalangan yang menghina dan menyakiti Rasul. Jika begitu penghinaan terhadap Rasul juga berlaku dlm masyarakat Melayu. Bukankah pelbagai kata-kata sinis dilemparkan kepada Baginda?
Antaranya memperlekehkan sunnah janggut dengan mengatakan bahawa Baginda menyimpan janggut kerana tidak ada pisau Gillette, Hukum Islam tidak sesuai di zaman moden, menghina pelaksanaan Hukum Hudud yang menjadi satu hukum yang terdapat dalil dan nas kat’ie, mendakwa Hudud zalim, Hudud menghina wanita, Hudud melanggar prinsip Hak Asasi Manusia. Jika hukum potong tangan dilaksanakan maka akan kudung tangan-tangan orang Melayu maka mereka akan mundur dan pelbagai lagi penghinaan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu yang mengaku Islam.
Awas! Perkataan sebegini boleh menggugurkan ‘aqidah kerana ia juga termasuk dalam kategori menghina Rasulullah SAW. Ummat Islam wajib mempertahankan Baginda rasulullah SAW daripada segala penghinaan ini kerana Baginda terlalu istimewa buat kita semua. Baginda SAW adalah rahmat untuk seluruh alam.
Antara tindakan ummat Islam bagi mempertahankan Baginda Rasulullah SAW ialah :
- Mengikut akhlak baik yang diajar oleh Baginda untuk diamalkan dalam kehidupan kita.
- Menunjukan akhlak dan budi pekerti yang baik kepada masyarakat bukan Islam hingga mereka tertarik dengan Islam.
- Mempelajari sirah Nabi SAW berkaitan sejarah perjalanan hidup Baginda, cabaran yang dihadapi serta perjuangan Baginda menghapuskan taghut.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Mutakhir ini ramai orang bercakap tentang perpaduan. Kita diminta supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah, berkelahi dan jangan bermusuh-musuhan. Jadilah seperti batu bata dalam sebuah bangunan yang saling mengukuh antara satu sama lain. Seruan ini tidak dinafikan sangat baik. Namun timbul persoalan hendak bersatu atas asas apa? Adakah atas asas bangsa Melayu atau atas asas sesama rakyat Malaysia atau asas aqidah Islamiah?
Rasulullah SAW sewaktu berdakwah pada permulaan Islam mengajak ummat Arab Mekah supaya memeluk Islam dengan meninggalkan kerja-kerja syirik. Baginda mengajak supaya bersatu atas asas aqidah tauhid dan kesatuan Islam. Kerana itu ramai kaum masyarakat musyrikin menuduh Baginda pemecah belah masyarakat, perosak perpaduan ummat Arab, penghina segala apa yang telah dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Kata-kata seperti ini diucapkan oleh salah seorang ketua mereka bernama ‘Utbah bin Rabi’ah. Antara lain beliau menyebut:
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) anak saudara ku, kamu telah membawa satu perkara besar kepada kaum engkau. Engkau telah memecah belah persatuan dan perpaduan mereka, enkau merendah-rendah dan menghina orang-orang baik dikalangan mereka,engkau menghina dan mencaci tuhan-tuhan dan juga agama mereka, engkau mengkafirkan datuk nenek dan bapa-bapa mereka.Wahai Muhammad, dengarlah dari ku, aku menawarkan kepada engkau beberapa perkara semoga engkau memilih dan menerima sebahagian daripadanya.”
Mendengar tawaran bapa saudaranya, Baginda bertanya, “Apakah tawaran itu wahai bapa saudaraku? Sebutkanlah, aku akan mendengarnya.”
‘Utbah berkata, “Wahai anak saudaraku, sekiranya engkau mahu dengan melalui agama baru yang engkau bawa itu, untuk mendapat harta kekayaan, kami akan himpunkan harta-harta kami daripada hasil pungutan itu. Kami akan beri kepadamu dan kamu akan menjadi orang yang paling kaya dikalangan kami.
“Jika kamu mahukan kemulian atau pangkat, kami akan mengangkat kamu menjadi ketua kami yang paling mulia. Jika kamu hendak menjadi raja, kami akan melantik kamu menjadi raja kami. Jika kamu dirasuk jin dan tiada sesiapa pun yang mampu merawat mu, kami akan mencari tabib dan bomoh untuk kami upah kepada mereka supaya mereka dapat merawat dan menyembuhklan penyakit kamu.”
Setelah selesai ‘Utbah mengemukakan tawaran-tawaran tersebut, Baginda terus membaca awal surah Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke 14; yang antara lain bermaksud :
“Ha mim.Alquran diturunkan dari tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang, kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya untuk faedah kaum yang mahu mengambil tahu dan membawa berita gembira serta memberi amaran buruk, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya). Mereka tidak mahu mendengar bahkan mereka berkata, hati kami berada dalam tutupan yang menutup apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan. Kemudia diakhirnya Allah menyebut :
Jika kamu berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Aku memberi amaran kepada kamu dengan azab yang dahsyat iaitu petir, seperti petir yang telah menyambar kaum ‘Ad dan kaum Tsamud.”
Dari kisah panjang lebar di atas, jelas bahawa orang kafir musyrikin Mekah menuduh Baginda sebagai menghina agama mereka. Mereka bersikap demikian tidak ada sebab lain kecuali kerana Baginda mahu menyatukan mereka diatas ajaran al-Quran, diatas agama Allah, agama tauhid, agama perpaduan, agama yang menolak kezaliman, kesesatan dan syirik. Jadi perpaduan yang kita mahu, kalau mengikut Islam ialah perpaduan yang diambil daripada Baginda SAW, melalui ajaran al-Quran dan Sunnah, bukan melalui kebangsaan yang sempit dan bukan melalui pemahaman sekular yang sesat.
Firman Allahu Ta’ala, surah ali-Imran ayat 103, maksudnya:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. Dan kenanglah ni’mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dulu. Lalu Allah menyatukan diantara hati-hati kamu. Maka menjadilah kamu dengan ni’mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada mu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk.”