Wednesday, February 15, 2012

Alhamdulillah : Kalimah Syukur Yang Dilupakan




"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya. Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". 
(Surah Ibrahim 14:7). 

Segala Puji Bagi Allah

Alhamdulillah, satu kalimah penuh dengan pujian dari seorang hamba kepada penciptaNya. Bermulanya syukur kita adalah dari bermulanya penciptaan kita sepertimana dirakamkan Allah dalam firmanNya:

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Surah Al-Mukminun 23:14)
Saat terbentuknya sebuku darah itu sehinggalah terbentuknya makhluk yang di panggil dengan berbagai gelaran, manusia, insan, hamba dan segalanya yang selayaknya disisi Penciptanya, maka terhutanglah kita dengan kalimah keramat ini. Biarpun ringkas namun besar pada Penciptanya.

Ringkas Namun Besar

Kalimah Alhamdulillah, kalimah yang mudah dan ringkas ini sebenarnya membawa makna yang besar kepada sesiapa yang melafazkannya. Kalimah ini adalah manifestasi perasaan yang diluahkan manusia sebagai kemuncak menghargai sesuatu yang diterima. Dengan kalimah ringkas ini juga lah Allah memberikan khabar gembira buat mereka yang bersyukur melalui firmanNya :

Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.
(Surah An-Nisa 4:147)
dan juga dirakam dalam Surah Ibrahim ayat 7 seperti mana telah dinyatakan pada permulaan penulisan ini. Namun tidak ramai yang tunduk dan sujud tanda bersyukur kepadaNya.

Kalimah Syukur Yang Dilupakan

Dirakamkan dalam firmanNya juga bahawa ramai diantara kita yang tidak bersyukur seperti mana fimanNya:

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.
(Surah Al-A'raf 7:10)
Hakikatnya Allah lebih mengetahui hikmah kejadian setiap makhlukNya. HambaNya sering lupa bahawa segala nikmat yang mereka miliki hanyalah kurniaan yang dipinjamkan buat sementara waktu samada untuk menguji atau memberi ganjaran atas perbuatan mereka di dunia. Nikmat dunia mahupun ujian yang ditimpakan dan diberikan pada kita seharusnya didahului dengan sifat syukur, kerana semuanya penuh hikmah dan misteri dari Allah.

Sibuk Berterima Kasih Pada Manusia

Kealpaan dan kelalaian ini lah yang membuatkan kita terlupa akan tanggungjawab bersyukur pada Allah, walhal kita sibuk berterima kasih pada manusia, sedangkan manusia ini juga diberi pinjaman yang sama oleh Allah. 

Dahului Alhamdulillah

Manusia begitu buta apabila tiba soal meletakkan yang mana perkara utama dan yang mana perkara kedua. Hasilnya manusia meletakkan perkara yang dilihat zahir padanya sebagai keutamaan, sedangkan iman dan keyakinannya terletak pada Penciptanya. Setiap perkara yang diterima seharusnya didahuului dengan ucapan Alhamdulillah tanda berterima kasih dan syukur pada penciptanya, kemudian barulah makhluk lain layak menerima tanda terima kasih kita.

Kesimpulannya 

Disini dapatlah dikatakan bahawa sikap syukur itu lebih merupakan suatu tindakbalas seorang hamba ketika diberikan suatu nikmat oleh Allah SWT atau mendapat berita yang menggembirakan atau terhindar dari bahaya kepada suatu amalan yang sifatnya ketaatan kepada Allah.

Bacaan Tambahan

Hakikat Syukur

Secara bahasa, syukur bermakna “terima kasih”. Dan kita boleh mendefinisikan syukur secara istilah dengan “mengakui nikmat yang telah diberikan kepada kita lalu menggunakan nikmat itu sesuai dengan fungsinya”. Imam Al-Ghazali menjelaskan bahwa hakikat syukur terdiri dari tiga bahagian: ilmu, hal (perasaan hati) dan amal perbuatan. Ia berkata, “Ilmu adalah tunjangnya. Ia lalu melahirkan hal, dan hal melahirkan amal.”[1]
Kita akan membicarakan setiap rukun syukur ini secara terperinci.


Ilmu

Ilmu yang dimaksudkan disini adalah menyedari nikmat yang dimiliki sambil mengetahui pihak yang telah memberikan nikmat itu. Kesedaran itu dapat diperoleh dengan cara memperhatikan keseluruhan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita sepertinikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sihat, nikmat harta dan nikmat-nikmat lainnya. Semakin kita memikirkan nikmat-nikmat yang terdapat dalam diri, kita semakin mendapati banyak sekali anugerah yang telah Allah berikan kepada kita. “Jika kamu hendak menghitung semua nikmat Allah, kamu tidak akan mampu menghitung semuanya.” 

Kebanyakan manusia tidak mampu menyedari nikmat Allah Swt sebelum nikmat itu hilang dari dirinya. Nikmat sihat misalnya jarang sekali disedari sebelum seseorang jatuh sakit. Padahal sebuah nikmat yang telah hilang dari seseorang jarang sekali dapat diperoleh kembali. Oleh karena itu, para ulama menganjurkan agar seseorang membayangkan kehilangan nikmat yang ia miliki supaya ia menyedari nikmat itu dan mensyukurinya sebelum nikmat itu benar-benar hilang dari dirinya dan tidak pernah kembali.

Seorang fakir miskin pernah mengeluhkan kesulitan hidupnya kepada seorang ulama sambil menunjukkan kesedihan hatinya. Ulama itu bertanya, “Berapakah wang yang engkau perlukan?” Ia menjawab, “Sepuluh ribu.” “Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu namun matamu hilang?” tanya ulama itu. Si fakir menjawab, “Tidak mahu.” Ulama itu berkata lagi, “Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu namun lidahmu bisu?” ia menjawab, “Tidak mahu.” “Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu namun kaki dan tanganmu terputus?” Sekali lagi orang itu menjawab, “Saya tidak mahu.” Ulama yang bijak itu lalu berkata, “Nah, kamu memiliki sesuatu yang lebih berharga dari wang tiga puluh ribu, tapi mengapa kamu masih bersedih?”

Untuk melahirkan kesedaran nikmat dan membiasakan hidup penuh kesyukuran, Nabi Saw menganjurkan kita agar melihat kepada orang yang kurang beruntung dari kita. Beliau bersabda:

انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو هو فوقكم فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kamu, dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kamu, sebab itu lebih baik agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah.”[2]


Atas dasar hadith ini, para ulama akhlak menganjurkan agar seseorang mengunjungi rumah sakit (hospital), rumah tahanan, dan tanah perkuburan. Sebab di rumah sakit kita akan belajar mensyukuri nikmat sehat ketika melihat pesakit-pesakit yang menghidap penyakit yang bermacam-macam. Di rumah tahanan kita akan belajar mensyukuri nikmat kebebasan dan nama baik. Dan di tanah perkuburan kita akan mensyukuri nikmat kehidupan dan kesempatan untuk menambah pahala.[3] 


Hal

Setelah seseorang menyedari nikmat-nikmat yang terdapat di dalam dirinya, secara tersendirinya ia akan merasakan di dalam hatinya perasaan beruntung, gembira dan suka cita. Perasaan inilah yang disebut dengan hal.


Amal

Kesedaran nikmat -yang kita namakan dengan “ilmu”- dan perasaan beruntung -yang kita sebut “hal”- ini akan mendorong seseorang melahirkan perbuatan yang kita namakan dengan “amal”. Perbuatan syukur itu terbahagi kepada tiga bahagian: 


(i) bersyukur dengan hati, 
(ii) bersyukur dengan lidah dan 
(iii) bersyukur dengan anggota badan.


Bersyukur dengan hati dengan cara menerbitkan niat untuk berbuat baik. Bersyukur dengan lidah dengan mengucapkan pujian kepada Allah seperti “Alhamdulillah”. Dan bersyukur dengan anggota badan ialah dengan cara menggunakan nikmat yang telah Allah berikan untuk beribadah sesuai dengan fungsinya.
Mensyukuri nikmat mata misalnya adalah dengan cara menyedari pemberian Allah yang sangat berharga ini di dalam hatinya. Lalu mengucapkan “alhamdulillah”. Selanjutnya menggunakan mata untuk sesuatu yang seiring dengan perintah Allah seperti membaca Al-Qur’an, belajar, mengkaji makhluk ciptaan Allah dan sebagainya. Jika ia menggunakan mata ini untuk melakukan maksiat, maka ia dinilai tidak mensyukuri nikmat Allah.


Akhlak Syukur Rasululah Saw

Rasulullah Saw adalah makhluk Allah yang paling banyak menerima nikmat dari Tuhannya. Baginda manusia yang paling sempurna fizikalnya, juga akhlaknya, ditambah lagi dengan nikmat kenabian, bahkan beliau juga adalah nabi terakhir yang menutup semua nabi. Allah Saw pernah mengingatkan:

وأنزل الله عليك الكتاب والحكمة وعلمك ما لم تكن تعلم وكان فضل الله عليك عظيماً
“Dan Allah telah menurunkan Al-Kitab dan hikmat kepadamu, juga mengajarkanmu sesuatu yang tidak pernah engkau ketahui. Sesungguhnya nikmat Allah kepadamu sungguh besar.” 
(Al-Nisa: 113).

Rasululah Saw menyedari nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadanya sehingga beliau berusaha mensyukurinya dengan sekuat tenaga. Siti Aisyah, isteri Nabi Saw, bercerita bahawa Rasulullah Saw selalu melakukan solat di tengah malam ketika semua orang tertidur. Beliau berdiri berjam-jam hingga bengkak-bengkak kakinya. Aisyah lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa anda melakukan hal ini padahal Allah telah mengampuni dosamu yang terdahulu dan yang akan datang?” Rasulullah Saw menjawab, “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?”[4]


[1] “Ihya Ulum al-Din” 4/79.
[2] Hadits shahih riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Al-Tirmidzi.
[3] “Ihya Ulum Al-Din” 4/123.
[4] Hadits shahih riwayat Al-Bukhari.


Sumber : http://profesionaltahfiz.blogspot.com/2011/06/sifat-syukur.html



Read More..

Thursday, February 9, 2012

[Repost] Pengenalan RSH Media


Pengenalan RSH Media

Seperti tajuk yang di utarakan di atas, "Pengenalan Kepada RSH Media", pasti ramai yang akan tertanya, apa itu RSH Media? Jadi di kesempatan ini, penulis ingin memperkenalkan sebuah lagi blog yang masih dalam pembinaan, hasil inisiatif dan kesedaran pihak admin untuk berkongsikan satu lagi medium yang bersifat dakwah selain penulisan. Namun karya-karya yang terkandung di RSH Media bukanlah hasil daripada pihak admin tetapi hasil ciptaan saudara/i seakhidah kita dari seluruh dunia. Pihak admin hanya menjadi orang yang bertindak mengumpulkan hasil-hasil karya mereka untuk manfaat kita bersama. Jadi pihak admin mengambil insiatif untuk mengumpulkan video-video berunsur Islam dari medium YouTube dan dikumpulkan dalam sebuah blog yang pihak admin namakan RSH Media (RSH Media bersempena nama blog penulisan pihak admin sekarang iaitu Rintihan Seorang Hamba ringkasannya RSH (http://tintamahasiswa.blogspot.com))
Paparan RSH Media

Hasil Video Sebagai Medium Dakwah

Ramai diantara kita mungkin sedar bahawa 'method' dakwah boleh berubah-ubah dan berkembang mengikut peredaran zaman dan suasana semasa. Menyedari hakikat ini, pihak admin sedang berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin video berunsur dakwah yang meliputi:-


  1. Ceramah
  2. Wacana Islam
  3. Iklan Dakwah
  4. Dokumentari Islam
  5. Puisi
  6. Doa
  7. Zikir
  8. Tazkirah
  9. Nasyid
  10. Semasa
  11. Dan lain-lain lagi yg di rasakan boleh membawa manfaat kepada masyarakat.

Pihak admin kurang berkemahiran dalam mencipta dan meng'edit' video, jadi usaha ini pihak admin serahkan kepada yang pakar utk melaksanakannya, namun pihak admin tidak mahu melepaskan peluang melalui medium ini, kerana pihak admin menyedari medium dakwah melalui video ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat kerana mesej penyampaiannya ringkas, padat dan mudah untuk difahami. 

Menerima Sesuatu Dengan Kajian

Namun harus di ingat, setaip sesuatu yang diterima jangan kita ambil bulat-bulat, harus ada pencarian, kajian dan bacaan untuk memastikan kesahihan penyampaian tadi. Peringatan ini diberikan kerana mungkin apa yang mungkin terkandung di dalam RSH Media ini terlepas dari penelitian pihak admin, jadi pihak admin menyeru kepada saudara/i yang mendapati ada sesuatu yang mencurigakan, pihak admin memohon untuk di buat kajian dan carian dan maklumkan pada pihak admin supaya dapat diperbetulkan.


Peringatan : Belajar untuk menerima sesuatu dengan fakta yang diselidiki terlebih dahulu


Berkongsi Untuk Manfaat Bersama

Di kesempatan ini juga, pihak admin ingin menyeru kepada semua sahabat/iah yang mempunyai kemahiran dalam bidang penghasilan video 'Islamic', sudilah kiranya menyumbang video saudara/i yang berunsur Islam kepada pihak admin untuk kita sama-sama sebar luaskan medium dakwah kita kepada masyarakat dunia (khususnya kepada masyarakat Malaysia kerana ceramah dan sebagainya yang dikumpul banyak menggunakan bahasa ibunda).

Syarat Perkongsian

Sebarang perkongsian bolehlah berbuat demikian kepada pihak admin melalui :- 


  1. islamicshabab88@gmail.com atau 
  2. Fan Page Rintihan Seorang Hamba  atau 
  3. Ruangan Komen Facebook di bawah post ini 

dengan hanya beberapa syarat mudah seperti berikut:-


  1. Video mesti daripada YouTube sahaja
  2. Video Berunsur seperti yang telah pihak admin senaraikan di atas
  3. Jika video dihasilkan sendiri, tolong nyatakan nama dan link YouTube anda 
  4. Jika video hanya dikongsikan daripada orang lain, tolong sertakan link peng'upload'
  5. Sebarang video ceramah yang ingin dikogsikan mestilah berdurasi penuh (pihak admin tidak akan memasukkan video ceramah yang dipotong-potong). Jika video mempunyai bahagian-bahagian atau 'Part' bersambung tolong sertakan sekali. 

Hanya tinggalkan link YouTube yang saudara/i ingin kongsikan pada medium pilihan yang telah pihak admin nyatakan di atas. Link-link ini akan disaring terlebih dahulu dan setiap video yang dikongsikan pihak admin akan berikan kredit kepadanya sebagai pengupload dan sebagai orang yang berkongsi.

Sekali lagi pihak admin menyeru untuk sama-sama menyampai, memperkenal, dan menyumbang untuk Islam yang kita cintai. Sebar luaskan untuk manfaat bersama.

Wallahua'lam..

Link ke RSH Media klik di sini RSH Media


Read More..

Sunday, February 5, 2012

[Jom Tonton] Sirah Baginda Muhammad S.A.W

Assalamualaikum..

Sempena Maulid Rasul ini jom sama-sama kita tonton dan hayati Sirah Rasulullah S.A.W. Bersama post ini ana sertakan satu animasi sirah Rasulullah (berbahasa malaysia) dan satu lagi sirah Rasulullah (berbahasa inggeris). Sama-sama kita hayati perjuangan Baginda Nabi Muhammad dalam menegakkan syiar Islam.


Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8 | Part 9 | Part 10
Part 11 | Part 12






Perhatian : Banyak lagi video-video islamik boleh di tonton di RSH Media



Read More..

Lahirnya Seorang Pembela Agama



BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.



USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.



USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.



USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.



USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.



USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.




USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


Kisah hidup Baginda Nabi Muhammad S.A.W secara panjang lebar boleh di ikuti dari laman web ini, semuanya dalam bahasa inggeris, beserta audio dan tersusun mengikut jangka hayat Rasulullah..
http://www.prophetictimeline.com/Prophet/Timeline
Ini antara paparan muka laman web prophetictimeline



Read More..

Wednesday, February 1, 2012

[IKLAN] Jom Sertai Pertandingan Design Wallpaper "DAKWAH ITU CINTA"

Assalamualaikum..

Salam mujahadah buat semua para pengunjung blog dan sahabat-sahabat, di kesempatan ini ana sekali lagi mohon sahabat-sahabat pengunjung blog untuk bantu ana 'Like' wallpaper yang ana hantar untuk suatu pertandingan yang di anjurkan ilmiislam.com yang bertemakan 'Dakwah Itu Cinta'.
Untuk Cara dan Syarat Penyertaan boleh lah dilihat dengan hanya menekan pada poster pertandingan diatas.
Di kesempatan ini juga ana ingin mengajak sahabat-sahabat pengunjung yang mempunyai kemahiran boleh lah turut sama menyertainya. Disamping itu ana juga ingin mohon jasa baik sahabat-sahabat pengunjung untuk untuk 'Like' 2 wallpaper yang telah ana hantar bagi menyertai pertandingan ini. Di bawah ini ana sertakan gambar dan link wallpaper yang telah ana hantar.

Wallpaper 1
Sila klik pada wallpaper diatas untuk 'Like' wallpaper ini di Facebook ilmiislam.com
Wallpaper 2
Sila klik pada wallpaper diatas untuk 'Like' wallpaper ini di Facebook ilmiislam.com
Setiap 'Like' daripada sahabat-sahabat pengunjung ana dahului dengan ucapan terima kasih tak terhingga..



Read More..
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;