Showing posts with label Bahan. Show all posts
Showing posts with label Bahan. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433

Assalamualaikum

Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua pengunjung setia, di kesempatan ini ana ingin berkongsikan jadual muhasabah harian sepanjang bulan Ramadhan.

Klik pada gambar untuk muat turun jadual/borang muhasabah harian ini 
Borang/jadual ini disediakan dalam bentuk Excel,
* Tandakan '1' jika anda melakukan sesuatu amalan pada hari itu
* Carta ini bukan untuk mengira-ngira jumlah pahala, tetapi mengira tahap istiqamah/konsistensi kita di bulan Ramadhan
* Semoga carta ini dapat membantu kita mencapai Ramadhan terbaik tahun ini, insya-Allah 
Panduan Muat Turun:
Cuma perlu tekan "skip" di sebelah atas kanan di halaman "adfoc.us" dan saudara/i akan dibawa terus ke laman Muat turun. Selamat Beramal




Read More..

Friday, June 29, 2012

Himpunan Doa




Doa Mohon DiMatikan Dalam Islam 1

Untuk muat turun boleh tekan pada gambar dan tekan "Right click"pada tetikus dan "Save Image As"



Doa Mohon DiMatikan Dalam Islam 2

Untuk muat turun boleh tekan pada gambar dan tekan "Right click"pada tetikus dan "Save Image As"






Read More..

Wednesday, June 27, 2012

The 7 Habits Of Hihgly Effective Muslims

Assalamualaikum..

Alhamdulillah di kesempatan kali ini, ana ingin kongsikan koleksi kuliah yang di sampaikan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Pemilik saifulislam.com) yang ana rasakan tidak lagi asing dikalangan para peminat blogger. Kuliahnya kali ini mengupas berkenaan sebuah buku yang di karang oleh Stephen Covey yang bertajuk "The 7 habits Of Highly Effective People" tetapi telah diberi nafas baru dan diolah mengikut konteks Islam oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan ditukarkan tajuknya sedikit kepada "The 7 Habits Of Highly Effective Muslims".

Ikuti kuliah beliau dengan memuat turun kuliah beliau, ada 7 siri kesemuanya..



Habit 1
Be Proactive
Durasi : 01 : 59 : 00
Pautan Muat Turun :
 http://08babb63.linkbucks.com


Habit 2
Begin With End In Mind
Durasi : 01 : 22 : 45
Pautan Muat Turun :
 http://844d9a8f.linkbucks.com



Habit 3
First Things First
Durasi : 01 : 15 : 08
Pautan Muat Turun :
 http://f3109194.linkbucks.com




Habit 4 & 5
Think Win-Win & Seek To Understand Rather Than To Be Understood
Durasi : 01 : 47 : 47
Pautan Muat Turun :
 http://6785ee39.linkbucks.com




Habit 5
Seek To Understand Rather Than To Be Understood
Durasi : 01 : 54 : 44
Pautan Muat Turun :
 http://6785ee39.linkbucks.com




Habit 6
Synergise
Durasi : 01 : 10 : 36
Pautan Muat Turun :
 http://4468d5e2.linkbucks.com




Habit 7
Sharpen The Saw
Durasi : 01 : 34 : 19
Pautan Muat Turun :
 http://3b6d66e0.linkbucks.com







Read More..

Monday, December 5, 2011

Bosan : Istilah Yang Tidak Pernah Wujud

Mengapa manusia wujud di dunia ini ? Untuk apa ? Apa tujuan manusia hidup di dunia ini ? Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini ? Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap. Mengapa ? Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak. Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati. Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya. Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya ketidaktahuannya itu.

Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang. Mengapa tidak tenang ? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” 
(Adz-Dzariyat :56)





Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya. Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.

Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu. Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari. Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” 
(Al Israa’ : 70)

Read More..

Friday, October 21, 2011

Malu Yang Terkemudian


Apa Sebenarnya 'MALU' Itu?

Bicara mengenai malu, pasti ada yang akan menyatakan "malu itu malu lah", mgkin juga, ada yang akan menyatakan "malu itu shy dalam bahasa inggeris nya". Namun tahukah sahabat-sahabat sekalian malu menurut Islam itu apa sebenarnya. Tetapi sebelum ana nak bicarakan panjang tentang malu, elok rasanya kita tahu terlebih dahulu apa erti malu menurut bahasa dan istilah.

Menurut bahasa, malu bererti perubahan, kehancuran perasaan atau duka cita yang terjadi pada jiwa manusia kerana takut di cela. Adapun asal kata al-hayaa u (malu) berasal dari kata al-hayaatu (hidup), juga berasal dari kata al-hayaa (air hujan).

Sedangkan menurut istilah adalah akhlaq yang sesuai dengan sunnah yang membangkitkan fikiran untuk meninggalkan perkara yang buruk sehingga akan menjauhkan manusia dari kemaksiatan dan menghilangkan kemalasan untuk menjalankan hak Allah.

Kenapa MALU Yang Terkemudian?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa la ana meletakkan tajuk posting "Malu Yang Terkemudian", bukahkah malu itu lah yang perlu didahulukan. Jangan panik, sememangnya malu itu lah yang perlu di utamakan kerana jika hilangnya rasa malu itu maka berleluasalah maksiat, Rasulullah bersabda yang bermaksud:- 

“Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” 
(Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)
Namun kenapa ana meletakkan tajuknya sebegitu rupa, sebabnya ana ingin menyatakan realiti yang sebenar yang sedang kita hadapi sekarang, yang menampakkan sifat malu yang ada pada diri kita itu terzahir setelah berlakunya sesuatu perkara, bukan lagi sebelum berlakunya sesuatu perkara. Baik kita ambil satu contoh suatu situasi di mana:-

Berkenaan gambar kita, kita seorang yang minat mengambil gambar, lalu satu hari kita pun ambil lah gambar kita tengah berposing dengan pelbagai gayanya. Kemudian kita pun muat nakkan lah gambar-gambar kita ke laman maya, lalu ramai lah yang meninggalkan komentar pada gambar kita tu, ada yang memuji ada yang mengkritik. Lalu berlarutanlah komentar-komentar yang ditinggalkan, tetapi yang banyaknya adalah kritikan menyatakan bahawa tidak lah sesuai untuk diletakkan gambar-gambar tadi untuk ditatapi oleh semua orang, jadi mula lah timbul rasanya malu itu.

Kenapa Baru Timbulnya Rasa MALU?

Inilah situasi yang berlaku akhir-akhir ini, berapa ramai diantara kita apabila nak buat sesuatu perkara berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya? Mungkin ada segelintir sahaja. Jelasnnya sifat malu itu hanya timbul terkemudian, sedangkan sifat malu itulah yang perlu diletakkan prioriti paling utama sebelum meletakkan tindakan.

Rasulullah bersabda:


"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".
(Bukhari)
Daripada hadis di atas dapatlah kita fahami bahawa sifat malu itu lah perkara utama yang selalu kita lupakan, kita meletakkan perkara lain selain malu itu lebih utama menyebabkan kita hilang rasa malu, & sifat malu ini hanya akan timbul jika ada yang memperingatkan.

MALU Itu Pakaian Ketakwaan

Ketahuilah, Allah memberikan sifat malu agar manusia menahan diri dari keinginan-keinginannya sehingga tidak berperilaku seperti binatang. Ingatlah ketika Adam dan Hawa memakan buah yang terlarang lalu nampaklah aurat keduanya.


“Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. tatkala keduanya Telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku Telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?” 
(Qs. Al-A’raaf : 22)


Dari ayat di atas menunjukkan bahawa secara fitrah manusia merasa malu jika tidak berpakaian. Dan tidaklah manusia itu mempamerkan auratnya tanpa pakaian kecuali fitrahnya telah rosak. Sedangkan rosaknya fitrah adalah akibat gangguan iblis dan tenteranya.

Adapun orang yang berupaya menelanjangi badannya dari pakaian, maka lucut lah jiwa dari pakaian ketakwaan dan hilang lah sifat malu kepada Allah dan manusia, mereka itulah yang menginginkan manusia lepas dari fitrahnya dan sifat-sifat kemanusiaannya. Padahal dengan fitrah dan sifat kemusiaannya itulah kita di sebut sebagai manusia.

Sesungguhnya telanjang adalah sifat asli dari haiwan, manusia tidak mempunyai kecenderungan kepadanya, jika ada tentulah akan terjerumus dalam Lumpur kehaiwanan.

Teringat satu sabda aginda Rasulullah lagi yang bermaksud:-
“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.” 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Bagaimana Meningkatkan Rasa MALU?

Malu boleh kita bentuk dengan adanya beberapa sifat yang perlu dibentuk dan di tanam dalam diri kita, antaranya ialah :-

Muraqabatullaah (merasa terus diawasi Allah),
Apabila seorang hamba itu merasa Allah sedang melihat kepadanya, segala gerak gerinya dan berada dekat dengannya, maka kita akan memperoleh muraqabatullaah kerana rasa malunya kita kepada Allah.

Mensyukuri nikmat Allah,
Sifat malu akan muncul secara tidak diduga dengan memikirkan nikmat Allah yang tidak terbatas, pada hakikatnya orang yang berakal akan merasa malu untuk menggunakan nikmat Allah untuk berbuat maksiat kepadanya.
Read More..

Tuesday, October 4, 2011

Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

Wanita Dalam Kehidupan Lelaki
Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Al-Quran menyebut:

“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.
(Surah al-Baqarah: 35-36). 
Begitu juga yang disebut dalam ayat 116-121 Surah Toha)

Ayat-ayat tsb menunjukkan kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Berbeza juga dengan cerita2 Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam
[Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah].

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau, mabuk dan giler dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:

“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”.
(Surah Yusuf: 28).

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.

Nabi s.a.w pernah bersabda:

“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda baginda juga:

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”
(Riwayat Muslim).

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Apabila wanita itu solehah, kehidupan buruk seorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Wanita benar2 hiasan kehidupan lelaki yang tanpanya dunia lelaki tidak bererti. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:


“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah”
(Riwayat Muslim).
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya”
(Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).


“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau”
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani).





Read More..

Monday, October 3, 2011

Bercermin Dari Yang Hidup


Allah Swt berfirman, ertinya:


“Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain Telah beriman." mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu Telah beriman?" Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.” 
(Al Baqarah: 13)



Sahabat seiman.. tataplah betapa besarnya kasih sayang Allah SWT, kuyakin fitrah diri dapat menangkapnya, meski terhalang oleh fatamorgana dunia, terselang oleh tembok kesombongan, pasti iman di dada dapat menembusinya, sebab kasih sayang Allah SWT jauh lebih besar dari penghalang tersebut ..

Sahabat seiman, bukankah kita sering bercermin? Kita berhias di depannya, memperindah tampilan dan menghapus keburukan.. Mengapa kita begitu percaya terhadap cermin yang pasif? Pernahkah kita bayangkan jika cermin itu adalah orang lain yang menatap kita, atau kita yang menatap orang lain. Seburuk apakah kita di hadapan orang yang baik, atau apa yang kurang dari kebaikan kita di hadapan orang yang lebih baik? Dapatkah kita jujur mengakui kekurangan? Sungguhkah kita mahu memperbaikinya?

Sahabat seiman,mengapa harus malu mengakuinya? Mengapa harus enggan menerimanya? Bukankah hati bersih kita sebenarnya membenarkan? Lalu kenapa harus kita dustai? Ketahuilah kesombongan, keponggahan berawal dari kedustaan. Allah SWT mengingatkan kita agar jangan mengikuti jejak langkah orang munafik yang selalu menuduh balik orang yang hendak memperbaiki. .

Sahabat seiman, dalam bekerja tentu banyak kekurangan kita, andai kita mahu bercermin dari orang lain, nescaya Allah SWT akan membuka jalan untuk kita yang lebih baik dari orang yang hendak memperbaiki kita..

Wallahualam.

Read More..

Sunday, June 5, 2011

Design : Mu'min Yang Di Cintai ALLAH

Dari sahabat Abu Hurairah, Bersabda Rasulullah,
“Mu’min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu’min yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah “Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi”. HR. Muslim

Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin menjelaskan beberapa pelajaran dari hadits ini. Hadits yang agung ini hendaknya menjadi pelita bagi kita baik untuk urusan agama ataupun dunia. Apabila seseorang beramal dengan hadits ini maka tentunya akan meringankan beban kehidupan agama ataupun dunianya.

Asy Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad mengatakan bahwa faedah besar yang diberikan dalam hadits ini sudah ringkas sehingga seharusnya mudah untuk dipahami.

Beberapa pelajaran penting dari hadits

1. Kekuatan iman
Sifat kuat yang dimaksud disini kembali kepada penyebutan Mukmin, yaitu keimanan yang kuat. Pada asalnya kekuatan fisik bukanlah hal yang terpuji atau tercela, akan tetapi jika kekuatan fisik ini dapat mendukung kuatnya iman maka sempurnalah kekuatannnya.

2. Allah memiliki sifat cinta
Karena Allah mencintai orang beriman dengan keimanan yang lebih kuat.

3. Masing-masing mu’min yang kuat ataupun yang lemah memiliki kebaikan
Seseorang yang memiliki keimanan walaupun lemah masih lebih baik daripada orang kafir bagaimanapun baiknya orang kafir tersebut.

4. Memohon pertolongan kepada Allah
Seharusnya seorang mu’min tidak menggantungkan keberhasilan urusan dunia atau akhiratnya hanya kepada kemampuan dirinya saja tanpa memohon pertolongan kepada Allah.

5. Meyakini taqdir Allah
Apabila sesuatu yang kita rencanakan tidak berjalan sebagaimana mestinya, maka kita tidak boleh mengatakan “Kalau aku mengerjakan ini, pasti hasilnya akan begini dan begini”. Kerana ucapan yang demikian dapat membuka pintu dari syaitan. Akan tetapi kita diperintahkan untuk mengatakan “Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al”. Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi. Kerana belum tentu hal yang kita sukai baik bagi kita.

Design1 : Sila klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar dan untuk muat turun

Design2 : Sila klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar dan untuk muat turun

Design3 : Sila klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar dan untuk muat turun
Read More..

Friday, June 3, 2011

Design : Rejab Yang Bertandang

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadhan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala

Klik untuk paparan lebih besar dan untuk muat turun

Read More..

Wednesday, April 20, 2011

Imtihan, Peperiksaan Akhir, Ujian

Salam mujahadah buat semua sahabat-sahabat yang masih lagi setia dengan blog ni, kali ini ana ingin mencuri sedikit ruanggan post kali ini untuk mengucapkan selamat maju jaya bagi semua sahabat-sahabat yang bakal menempuh final exam. Semoga nikmat kesempatan yang masih Allah berikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk mengulangkaji matapelajaran yang bakal saudara dan saudari diluar sana tempuhi. Ingat wahai sahabat-sahabat seperjuangan dengan ku, ilmu yang kita peroleh ini biarlah kerana Allah. 
Berkata Imam Al-Ghazali
“Kita menuntut ilmu selain kerana Allah, maka ilmu enggan datang kecuali dengan niat kerana Allah.”
Klik pada gambar untuk muat turun atau melihat paparan dengan resolusi yang lebih besar
Read More..

Saturday, January 23, 2010

Always Be There

Sudah lama rasanya tak menulis, mintak maaf ya kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya kerana tidak di update disebabkan beberapa kekangan sekembalinya saya ke alam universiti semula selepas hampir enam bulan menunggu akhirnya saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran. Alhamdulilah, bersyukur sungguh kerana masih diberikan ruang untuk terus menimba ilmu yang ada ini. Jadi disini bukan saya ingin berceloteh panjang cuma ingin berkongsi dengan sahabat/i sebuah lagu yang menyentuh hati.

Jika anda menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup dan pernah menyimpang dari kehidupan yang sepatutnya, lagu di bawah adalah lagu yang mampu menenangkan hati anda. Hayatilah liriknya.



Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar

Artis : Maher Zain
Read More..

Saturday, August 22, 2009

Bertandangnya Yaumul Barokah



Saban tahun, saban bulan, saban hari & saban detik,
Masa tidak pernah berhenti biarpun sesaat kecuali dengan kuasa-Nya.
Begitu jugalah Syaaban yang pergi meninggalkan kita,
Namun pemergian Syaaban diisi pula dengan bulan yang penuh barokah.
Kini yaumul Ramadhan yang dinantikan muncul tiba,
Penantian yang selama ini dirindui,
kini terubat dengan sekembalinya bulan mulia ini.

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Read More..
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;