Showing posts with label Bahan. Show all posts
Showing posts with label Bahan. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433

Assalamualaikum

Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua pengunjung setia, di kesempatan ini ana ingin berkongsikan jadual muhasabah harian sepanjang bulan Ramadhan.

Klik pada gambar untuk muat turun jadual/borang muhasabah harian ini 
Borang/jadual ini disediakan dalam bentuk Excel,
* Tandakan '1' jika anda melakukan sesuatu amalan pada hari itu
* Carta ini bukan untuk mengira-ngira jumlah pahala, tetapi mengira tahap istiqamah/konsistensi kita di bulan Ramadhan
* Semoga carta ini dapat membantu kita mencapai Ramadhan terbaik tahun ini, insya-Allah 
Panduan Muat Turun:
Cuma perlu tekan "skip" di sebelah atas kanan di halaman "adfoc.us" dan saudara/i akan dibawa terus ke laman Muat turun. Selamat Beramal




Read More..

Friday, June 29, 2012

Himpunan Doa




Doa Mohon DiMatikan Dalam Islam 1

Untuk muat turun boleh tekan pada gambar dan tekan "Right click"pada tetikus dan "Save Image As"



Doa Mohon DiMatikan Dalam Islam 2

Untuk muat turun boleh tekan pada gambar dan tekan "Right click"pada tetikus dan "Save Image As"






Read More..

Wednesday, June 27, 2012

The 7 Habits Of Hihgly Effective Muslims

Assalamualaikum..

Alhamdulillah di kesempatan kali ini, ana ingin kongsikan koleksi kuliah yang di sampaikan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Pemilik saifulislam.com) yang ana rasakan tidak lagi asing dikalangan para peminat blogger. Kuliahnya kali ini mengupas berkenaan sebuah buku yang di karang oleh Stephen Covey yang bertajuk "The 7 habits Of Highly Effective People" tetapi telah diberi nafas baru dan diolah mengikut konteks Islam oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan ditukarkan tajuknya sedikit kepada "The 7 Habits Of Highly Effective Muslims".

Ikuti kuliah beliau dengan memuat turun kuliah beliau, ada 7 siri kesemuanya..



Habit 1
Be Proactive
Durasi : 01 : 59 : 00
Pautan Muat Turun :
 http://08babb63.linkbucks.com


Habit 2
Begin With End In Mind
Durasi : 01 : 22 : 45
Pautan Muat Turun :
 http://844d9a8f.linkbucks.com



Habit 3
First Things First
Durasi : 01 : 15 : 08
Pautan Muat Turun :
 http://f3109194.linkbucks.com




Habit 4 & 5
Think Win-Win & Seek To Understand Rather Than To Be Understood
Durasi : 01 : 47 : 47
Pautan Muat Turun :
 http://6785ee39.linkbucks.com




Habit 5
Seek To Understand Rather Than To Be Understood
Durasi : 01 : 54 : 44
Pautan Muat Turun :
 http://6785ee39.linkbucks.com




Habit 6
Synergise
Durasi : 01 : 10 : 36
Pautan Muat Turun :
 http://4468d5e2.linkbucks.com




Habit 7
Sharpen The Saw
Durasi : 01 : 34 : 19
Pautan Muat Turun :
 http://3b6d66e0.linkbucks.com







Read More..

Monday, December 5, 2011

Bosan : Istilah Yang Tidak Pernah Wujud

Mengapa manusia wujud di dunia ini ? Untuk apa ? Apa tujuan manusia hidup di dunia ini ? Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini ? Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap. Mengapa ? Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak. Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati. Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya. Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya ketidaktahuannya itu.

Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang. Mengapa tidak tenang ? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” 
(Adz-Dzariyat :56)





Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya. Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.

Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu. Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari. Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.

“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” 
(Al Israa’ : 70)

Read More..

Friday, October 21, 2011

Malu Yang Terkemudian


Apa Sebenarnya 'MALU' Itu?

Bicara mengenai malu, pasti ada yang akan menyatakan "malu itu malu lah", mgkin juga, ada yang akan menyatakan "malu itu shy dalam bahasa inggeris nya". Namun tahukah sahabat-sahabat sekalian malu menurut Islam itu apa sebenarnya. Tetapi sebelum ana nak bicarakan panjang tentang malu, elok rasanya kita tahu terlebih dahulu apa erti malu menurut bahasa dan istilah.

Menurut bahasa, malu bererti perubahan, kehancuran perasaan atau duka cita yang terjadi pada jiwa manusia kerana takut di cela. Adapun asal kata al-hayaa u (malu) berasal dari kata al-hayaatu (hidup), juga berasal dari kata al-hayaa (air hujan).

Sedangkan menurut istilah adalah akhlaq yang sesuai dengan sunnah yang membangkitkan fikiran untuk meninggalkan perkara yang buruk sehingga akan menjauhkan manusia dari kemaksiatan dan menghilangkan kemalasan untuk menjalankan hak Allah.

Kenapa MALU Yang Terkemudian?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa la ana meletakkan tajuk posting "Malu Yang Terkemudian", bukahkah malu itu lah yang perlu didahulukan. Jangan panik, sememangnya malu itu lah yang perlu di utamakan kerana jika hilangnya rasa malu itu maka berleluasalah maksiat, Rasulullah bersabda yang bermaksud:- 

“Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” 
(Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)
Namun kenapa ana meletakkan tajuknya sebegitu rupa, sebabnya ana ingin menyatakan realiti yang sebenar yang sedang kita hadapi sekarang, yang menampakkan sifat malu yang ada pada diri kita itu terzahir setelah berlakunya sesuatu perkara, bukan lagi sebelum berlakunya sesuatu perkara. Baik kita ambil satu contoh suatu situasi di mana:-

Berkenaan gambar kita, kita seorang yang minat mengambil gambar, lalu satu hari kita pun ambil lah gambar kita tengah berposing dengan pelbagai gayanya. Kemudian kita pun muat nakkan lah gambar-gambar kita ke laman maya, lalu ramai lah yang meninggalkan komentar pada gambar kita tu, ada yang memuji ada yang mengkritik. Lalu berlarutanlah komentar-komentar yang ditinggalkan, tetapi yang banyaknya adalah kritikan menyatakan bahawa tidak lah sesuai untuk diletakkan gambar-gambar tadi untuk ditatapi oleh semua orang, jadi mula lah timbul rasanya malu itu.

Kenapa Baru Timbulnya Rasa MALU?

Inilah situasi yang berlaku akhir-akhir ini, berapa ramai diantara kita apabila nak buat sesuatu perkara berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya? Mungkin ada segelintir sahaja. Jelasnnya sifat malu itu hanya timbul terkemudian, sedangkan sifat malu itulah yang perlu diletakkan prioriti paling utama sebelum meletakkan tindakan.

Rasulullah bersabda:


"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".
(Bukhari)
Daripada hadis di atas dapatlah kita fahami bahawa sifat malu itu lah perkara utama yang selalu kita lupakan, kita meletakkan perkara lain selain malu itu lebih utama menyebabkan kita hilang rasa malu, & sifat malu ini hanya akan timbul jika ada yang memperingatkan.

MALU Itu Pakaian Ketakwaan

Ketahuilah, Allah memberikan sifat malu agar manusia menahan diri dari keinginan-keinginannya sehingga tidak berperilaku seperti binatang. Ingatlah ketika Adam dan Hawa memakan buah yang terlarang lalu nampaklah aurat keduanya.


“Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. tatkala keduanya Telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku Telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?” 
(Qs. Al-A’raaf : 22)


Dari ayat di atas menunjukkan bahawa secara fitrah manusia merasa malu jika tidak berpakaian. Dan tidaklah manusia itu mempamerkan auratnya tanpa pakaian kecuali fitrahnya telah rosak. Sedangkan rosaknya fitrah adalah akibat gangguan iblis dan tenteranya.

Adapun orang yang berupaya menelanjangi badannya dari pakaian, maka lucut lah jiwa dari pakaian ketakwaan dan hilang lah sifat malu kepada Allah dan manusia, mereka itulah yang menginginkan manusia lepas dari fitrahnya dan sifat-sifat kemanusiaannya. Padahal dengan fitrah dan sifat kemusiaannya itulah kita di sebut sebagai manusia.

Sesungguhnya telanjang adalah sifat asli dari haiwan, manusia tidak mempunyai kecenderungan kepadanya, jika ada tentulah akan terjerumus dalam Lumpur kehaiwanan.

Teringat satu sabda aginda Rasulullah lagi yang bermaksud:-
“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.” 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Bagaimana Meningkatkan Rasa MALU?

Malu boleh kita bentuk dengan adanya beberapa sifat yang perlu dibentuk dan di tanam dalam diri kita, antaranya ialah :-

Muraqabatullaah (merasa terus diawasi Allah),
Apabila seorang hamba itu merasa Allah sedang melihat kepadanya, segala gerak gerinya dan berada dekat dengannya, maka kita akan memperoleh muraqabatullaah kerana rasa malunya kita kepada Allah.

Mensyukuri nikmat Allah,
Sifat malu akan muncul secara tidak diduga dengan memikirkan nikmat Allah yang tidak terbatas, pada hakikatnya orang yang berakal akan merasa malu untuk menggunakan nikmat Allah untuk berbuat maksiat kepadanya.
Read More..
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;