Monday, January 5, 2009

Ketika Ringgit Jadi Peluru Zionis

Teriakan Palestin kini mula meronta-ronta, tetapi adakah kita sebagai saudara seIslam dengan mereka sedar bahawa inilah yang sedang berlaku? Ambil caknakah kita dalam isu di negara Palestin? Berapa ramai yang rakyat Malaysia yang sekarang ini tahu tetapi tidak langsung menyumbang tenaga, jiwa raga mahupun wang ringgit untuk membantu dan membela saudara seIslam dengan kita? Tenaga dan jiwa raga mungkin satu pengorbanan yang amat besar yang mungkin kita tak mampu kita laksanakan, tetapi pengorbanan wang ringgit demi membantu pejuang-pejuang seperti Hamas dan Hizbullah untuk menentang israel amat lah diperlukan.

Sedar atau tidak kita telah menyumbang dan membantu israel laknatullah dari segi kewangan mereka untuk menjatuhkan Palestin. Kesedaran yang ada pada kita mungkin kita tak endahkan, tetapi ratusan nyawa pejuang Islam kini berdepan dengan syahid di jalan Allah. Mereka tidak diberikan 2 peluang atau sebagainya, tetapi yang hanya tinggal ialah terus berjuang mempertahankan negara mereka. Kini yang hanya tinggal pada mereka ialah harapan untuk terus berjuang selagi mana keadilan mereka tidak tertegak.

Ayuhlah sahabat-sahabat ikwah dan akhawat sekalian kita bangun mengutuk kekejaman israel laknatullah ini dan memboikot barangan israel, kerana setiap sumbangan RM1 yang kita salurkan kepada mereka melalui pembelian barangan mereka akan digunakan untuk membunuh 1 nyawa umat Islam. Kita hari ini mungkin berasa agak selesa ketika ini, tetapi ingatlah bahawa orang yahudi ketika ini tidak tidur untuk menjatuhkan Islam. Kita ketika ini sering mengeluh dengan kerja-kerja yang kita lakukan dijalan Allah, sedarlah bahawa kaum yahudi ini akan terus cuba menjatuhkan umat Islam di serata dunia.

Oleh itu marilah kita sama-sama membantu sahabat-sahabat kita di Palestin dengan memperbanyakkan doa dan solat malam memohon kepada Allah untuk memberi kejayaaan kepada pejuang-pejuang Islam di sana. Doa merupakan senjata orang Islam, jadi kita yang mungkin tidak berkemampuan untuk pergi bersama-sama berjuang dengan sahabat-sahabat kita di sana, hanya doa yang mampu kita pohon daripada Allah dan yang selebihnya Allah sahaja yang tahu..

wallahualam

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;