Saturday, March 21, 2009

Daulah Khilafah Islamiyah

Salam perkongsian skali lagi, sebelum ana panjangkan perkongsian ana pada kali ini ingin ana mengajak sahabat/i mengucapkan kalimah alhamdulillah, kerana apa sahabat-sahabat? kerana pada ketika ini kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara bagi meneruskan kehidupan kita pada hari ini, yang pastinya yang membaca blog ana pada ketika ini masih bernyawa dan masih mampu melakukan perintahNya. Syukur alhamdulillah ana pada ketika ini juga kerana masih diberikan 2 nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan Islam, nikmat yang amat berharga bagi hambaNya.

InsyaAllah pada perkongsian kali ini, berkaitan kearah mengembalikan khilafah Islamiyah yang pada suatu ketika dahulu pernah menakluk 2/3 dunia. Apabila kita berbicara tentang khilafah Islamiyah kita tidak dapat tidak lari dari suatu istilah iaitu daulah khilafah. Apa yang dimaksudkan dengan daulah khilafah? Menurut Imam Taqiyyuddin An Nabhani, daulah khilafah ialah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Oleh itu hendak ana nyatakan bahawa Islam tersangat perlu menjadi ad-din wa daulah. Jelas menurut kenyataan Imam Taqiyuddin bahawa daulah khilafah perlu wujud bagi membentuk negara Islam dengan komunitinya hidup dalam keadaan atau suasana Islam.

Kenyataan Imam Taqiyuddin ini lebih jelas jika kita meneliti nas al-Quran, as-Sunnah dan ijma' sahabat. Di dalam al-Quran Allah telah menyatakan didalam surah al-Imran 3:103 yang bermaksud:

“Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…”

Di dalam hadith juga ada menyatakan:

Rasulullah SAW dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR. Muslim].

Di samping itu, Rasulullah SAW menegaskan pula dalam perjanjian antara kaum Muhajirin - Anshar dengan Yahudi: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Surat Perjanjian ini dari Muhammad - Nabi antara orang-orang beriman dan kaum muslimin dari kalangan Quraisy dan Yatsrib - serta yang mengikut mereka dan menyusul mereka dan berjihad bersama-sama mereka - bahawa mereka adalah umat yang satu, di luar golongan orang lain...” (Lihat Sirah Ibnu Hisyam, Jilid II, hal. 119).

Daripada hadith dan nas al-Quran yang ana nyatakan diatas jelah lah bahawa suatu kesatuan kaum muslimin berdasar hablun minallah wajib di wujudkan, bukannya kerana bangsa atau kaum tetapi kerana agama Allah dan hubungan kita dengan Allah. Selain itu dalill dan nas tadi telah juga menjelaskan hukuman kepada sesiapa yang cuba memecah-belahkan kesatuan umat Islam.

Pokok persoalannnya disini ialah bagaimana kita berusaha menuju kearah pembentukan daulah khilafah ini? Apakah usaha yang perlu kita cipta bagi merealisasikan daulah khilafah ini? Ana quotekan perkataan cipta di sini, kerana kita perlu 'reengineering dakwah' mengikut kesesuaian waqi' semasa kita pada hari ini. Seorang daie perlu sentiasa berfikir bagaimana cara untuk mendekati dan mentarbiyyah masyarkat disekeliling. Ana inigin ambil kata-kata Ustaz Syiekh Omar merangkap Pengerusi Majlis Politik GAMIS yang mana seorang diae perlu berfikiran bahawa suatu ketika nanti orang yang tak paham agama akan berada didalam sistem tarbiyyah kita dan paham sejelas-jelasnya tentang Islam. Dalam kata-katanya lagi seorang daie perlu bersifat pembuka atau pelopor kepada masyarakat setempat supaya mereka paham dengan jelas tentang sistem daulah Islamiyyah.

Tarbiyyah bukan lah suatu persoalan mudah untuk kita perbicarakan kerana tarbiyyah ini lah yang akan merealisasikan sistem daulah khilafah. Sepatutnya kita sebagai orang yang di tarbiyyah perlu bersifat agresif dalam memberi kefahaman kepad masyarakat yang mungkin agak ketinggalan. Pembentukkan daulah khilafah perlu bermula seawal mungkin bertepatan dengan pepatah melayu meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Oleh itu ana ingin meringatkan diri ana dan juga sahabat/i bahawa tarbiyyah perlu wujud dalam setiap diri seorang muslim khususnya orang-orang yang telah mendapat tarbiyyah dan perlu disampaikan kepada orang lain kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang maksudnya:

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Wallahua'lam

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;