Sunday, May 24, 2009

Gathering Expedisi Nurani (GEN)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga ana menjeguk dan rasanya mungkin menulis sedikit setelah sekian lamanya menyepi. Ingin ana gunakan kesempatan ini untuk mencoretkan serba sedikit tentang program yang berbentuk expedisi ataupun boleh juga ana katakan musafir. GEN atau Gathering Expedisi Nurani di ilhamkan oleh sahabat ana, Farhan. Program ini sebenarnya sebuah program musafir ke Pulau Pinang dan Kedah sambil menziarahi sahabat/i di Kedah.Uniknya program ini, bukan ana yang bermusafir tetapi sahabat/i dari UTM KL yang berpeluang merasai pengalaman bermusafir di tempat lahirnya ana iaitu Pulau Pinang. Program ini merupakan program tiga hari, sehari di Pulau Pinang dan dua hari di Kedah. Malangnya ana tidak dapat bersama sahabat-sahabat ke Kedah.

Biarpun hanya sehari sahaja ana bersama sahabat/i, itupun rasanya tidak sampai sehari, ana rasa sangat bersyukur. Terlebih dahulu ingin ana mohon maaf atas kekurangan semasa program yang ana kendalikan di Pulau Pinang. Untuk program ini sebenarnya ana tidak berapa sempat untuk mengatur sebaiknya disebabkan beberapa masalah, oleh itu jika ada kekurangan, ana mohon maaf. Tidak banyak yang boleh ana perkatakan sepanjang program kerana semua itu hanya boleh dinilai oleh sahabat/i. Biarpun sedikit kelam-kabut program di Pulau Pinang ini ana harap sahabat/i gembira.

Sahabat,
Andainya selepas ini tempat memisahkan kita,
Tugas membebani kita, Masa menjarakkan kita,

Sahabat,
Andai selepas ini kita berpisah,
Biarlah persahabatan kita kekal,
Kasih kita segar & kita tetap saling mengingati,

Sahabat,
Ingatlah bahawa pertemuan
& perpisahan kita hanya kerana Allah,
Dialah yang mempertemukan kita
& Dia jualah yang memisahkan kita,

Sahabat,
Biarpun kita berpisah selepas ini,
Teruskanlah perjuangan kita selama ini
kerana perjuangan kita masih belum selesai,

Sahabat,
Ku harapkan kau tetap istiqamah dalam perjuangan mu,
Ku harap kau tetap dalam agama mu,
& Ku harap dunia persahabatan kita tidak sesempit bumi UTM KL.

Wallahualam...

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;