Friday, August 28, 2009

Penghujung Kehidupan, Gerbang Permulaan Barzakh



" Ingatlah mati! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa & banyak menagis "

Mati ataupun dalam bahasa lembutnya meninggal dunia merupakan sesuatu yang pasti bagi setiap makhluk yang diciptakan Allah di atas muka bumi ini kecuali dengan kekuasaan-Nya seperti mana nabi Isa A.S yang dipelihara Allah sehinggalah hari kiamat kelak. Namun hakikatnya setiap yang bernyawa pasti akan menghembuskan nafas terakhirnya. Tiada siapapun yang dapat melewat atau melambatkan walaupun sesaat ajalnya.

Oleh itu kita sebagai manusia tidak pernah tahu bilakah malaikat maut akan datang menjemput kita, boleh jadi sebentar lagi, boleh jadi esok ataupun boleh jadi bila-bila masa saja. Apabila berbicara tentang kematian umumnya kita dapat kategorikan kepada 3 golongan manusia. Yang pertamanya ialah golongan manusia lupa pada kematian. Golongan ini biasanya benci apabila berbicara tentang kematian kerana apa yang ada dalam fikiranya ilah berseronok sementara masih hidup. Dosa dan pahala apatah lagi, dianggap benda yang remeh kerana mengganggap mati akan tiba ketika waktu tuanya. Bagi mereka, waktu muda jangan disia-siakan, berseronok seboleh-bolehnya, waktu tua nanti barulah bertaubat atau mula menjinak-jinakkan diri ke masjid atau ke surau-surau. Mereka ini bukan tidak tahu bahawa ajal sebenarnya lebih hampir dengan mereka tetapi mereka sanggup meletakkan hal ini ketepi. Itu lah golongan yang lupa pada kematian.



Berlainan dengan golongan kedua, yang mana golongan ini takut pada kematian. Golongan ini sinonim jika ana kata kepada orang-orang di timpa musibah penyakit yang mana tiada harapan untuk sembuh. Setiap hari mereka akan mengingati mati, malangnya tiada apa persediaan yang di buatnya untuk menghadapi mati. Perasaan takut pada kematian menyelubungi diri, bahkan ketika itu mereka seolah-olah pasrah akan apa yang terjadi kepada diri mereka, sehinggakan kenikmatan hidup yang Allah beri sudah tiada dalam kamus kehidupan mereka, yang dipikirkan hanya kematian dan segala persoalan negatif selepas kematian. Golongan kedua ini juga bukan hanya kepada orang yang ditimpa musibah, tetapi golongan ini juga wujud dikalangan orang sihat. Biasanya golongan ini terlalu takut berhadapan dengan kenyataan bahawa suatu hari nanti dia pasti akan mati. Mungkin akibat daripada dosa-dosa yang pernah dia lakukan, mungkin juga kerana takut akan disesksa kelak. Penyelesaiannya mudah iaitu bertaubat tetapi pelaksanaannya memerlukan kekuatan iman kukuh agar tidak mengulangi perbuatan yang sama berulang kali.

Dan golongan yang ketiga ialah orang yang sentiasa mengingati mati. Golongan inilah golongan yang Allah cintai seperti mana sabda nabi:

"Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya"

Dengan mengingati mati kita akan sentiasa bersedia dengan apa jua musibah yang menimpa mahupun kenikmatan yang Allah berikan supaya kita sentiasa bersyukur. Kematian bukanlah sesuatu perkara yang perlu kita takut atau lupa kerana zahirnya setiap roh pasti dan pasti akan meninggalkan jasadnya, itu merupakan suatu kenyataan yang pasti yang tidak boleh dimanipulasikan. Segala amalan kita jika didasarkan kepada pembalasan Allah pasti akan mengingatkan kita kepada kematian. Setiap jiwa-jiwa yang mengingati mati pastinya akan melahirkan keikhlasan yang tulus dalam segala amalannya untuk di jadikan bekalannya di akhirat kelak.

Tiada pilihan dalam persoalan ajal dan maut, yang ada hanyalah menghadapinya. Sebelum menghadapinya, perlu dipikirkan persediaan-persediaan untuk menghadapinya agar tidak terkandas dipertengahannya. Setiap perkara pasti ada penyelesaiannya, yang pasti diri mampu, mahu atau tidak mahu sahaja melaksanakan. Tiada istilah jalan pintas untuk mendapat keredhaannya, yang ada ialah usaha untuk melakukan amal ibadah kepada-Nya bagi memperoleh keredhaan-Nya. Antaranya ialah memperbanyakkan amalan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Bukan sahaja kepada golongan yang memerlukan tetapi setiap orang kadang-kadang terlupa pada dirinya sendiri, yang mana mereka perlu berbakti kepada diri sendiri terlebih dahulu supaya boleh memberikan bakti kepada orang lain. Kita perlu menjadi seperti benih yang mana jika lontarkan kemana-mana pun akan bercambah yang membolehkan orang lain turut sama mendapat manfaat darinya. Kita berbakti di dunia umpama menanam pohon di akhirat yang mana kita akan tuai hasilnya di akhirat kelak.

Setiap manusia akan di uji dengan dugaan. Oleh itu kita perlulah menghadapi ujian itu dengan tabah. Setiap ujian yang diberikan aanggaplah sebagai suatu kenikmatan semasa hidup kita kerana Allah bukan bersahaja ingin menguji hambanya, tetapi menguji kerana Dia rindukan rintihan hambanya dan supaya hambanya sentiasa mengingati-Nya dikala susah, senang ataupun apa jua keadaan yang dihadapi. Dalam kitab Mukhasyafah al-Qulub, Imam Ghazali menulis bahawa seorang ulama Ibrahim al-Taimiyi berkata,

"Sesiapa yang selalu mengingati mati, ringanlah baginya musibah dunia dan kedudukannya."

Selain itu, sentiasalah kita muhasabah diri kita, nilai dan analisis diri, seandainya banyak melakukan dosa, maka segerakanlah bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat hambanya yang telah menyesal dengan kekhilafan diri yang lalu. Boleh ana analogikan seperti mana seorang rakyat ingin bertemu dengan raja, segala protokol perlu dipatuhi, yang mana tertakluk pada adab dan pemakaiannya. Begitu jugalah sang hamba yang ingin berjumpa dengan Penciptanya, namun Allah tidak menilainya dari segi fizikalnya, Allah menilainya berdasarkan ketakwaannya.

Oleh itu marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sama ada kita telah tergolong dalam golongan yang mana, yang lupa, takut atau yang sentiasa mengingati mati. Bukan sekadar hanya mengingati mati sahaja kita dikira berjaya, tetapi yang hendak digariskan disini ialah, adakah kita sudah bersedia menghadapinya? Itu persoalan yang perlu kita jawab dan renung sebernrnya. Ana akhiri post kali ini dengan sepotong hadis dan video untuk kita sama-sama renungkan.
Rasulullah S.A.W bersabda kepada sahabatnya, " Adakah setiap kamu ingin masuk syurga?" Jawab mereka " Ya. " Kemudian Baginda S.A.W bersabda, " Pendekkan angan-anganmu dan malulah kepada Allah. " Mereka (para sahabat) berkata: " Kami telah malu kepada Allah. " Rasulullah S.A.W bersabda lagi " Demikian itu bukanlah malu sebenarnya. Akan tetapi malu kepada Allah ialah apabila engkau dapat mengingati kubur dan seksanya.."


Wallahualam..

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;