Saturday, December 19, 2009

Hijrah Sebuah Pengorbanan



"Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
Surah Al-'Ashr 103:1-3

Masa kian berganti detik demi detik, jam demi jam, hari demi hari, bulan demi bulan malah tahun demi tahun, itu janji Allah kepada kepada setiap makhluknya diatas muka bumi. Setiap saat ataupun detik telahpun Allah aturkan begitu juga datangnya wahyu dari Allah untuk Rasulullah melakukan hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Ini merupakan suatu peristiwa penting kepada seluruh umat Islam, tersimpul sebuah mesej agung yang perlu kita selami bersama lembaran hijrah yang mulia ini. Kita digambarkan dengan dengan pelbagai dugaan yang diterima oleh umat Islam sehinggakan Allah memerintahkan Rasulullah berhijrah bagi menyusun semula strategi dakwah nabi.

Hijrah Sebuah Pengorbanan

Di dalam penghijrahan Nabi dan para sahabat ini, sebenarnya terselit suatu aspek yang ana lihat amat penting iaitu pengorbanan Nabi dan para sahabat ketika itu. Kita baru sahaja meraikan Aidul Adha yang mana menuntut kita untuk berkorban, namun dalam penghijrahan rasulullah dan para sahabat juga sebenarnya menuntut sebuah pengorbanan dari mereka, yang mana kita boleh lihat dikalangan sahabat yang mana sanggup meninggalkan harta benda dan keluarga.

Contoh yang ana boleh ambil ialah Abdurrahman bin Auf yang mana beliau merupakan seorang yang kaya raya di Kota Mekah, namun apa yang Abdurrahman lakukan, ketika berhijrah ke Madinah, seluruh harta kekayaan dan perdagangannya dirampas oleh penguasa Quraisy. Hartanya dirampas sebagai imbalan dan syarat diizinkannya berhijrah. Jika nak digambarkan harta kekayaan Abdurrahman ketika itu boleh dikatakan, jika disusun unta yang membawa harta kekayaannya sepanjang perjalanan dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Betapa banyaknya harta Abdurrahman, tetapi betapa hebatnya pengorbanan yang Abdurrahman lakukan yang mana ana seniri pun belum tentu mampu untuk lakukan.

Banyak lagi kisah pengorbanan para sahabat Nabi daripada kisah penghijrahan ini yang boleh kita perolehi. Berbalik kita pada realiti kita pada hari ini, sepanjang hidup kita, jika kita inginkan sesuatu pasti kita terlebih dahulu perlu memberi. Sekecil-kecil penghijrahan pun kita terlebih dahulu perlu memberi untuk memperoleh apa yang kita hajati. Begitu jugalah jika kita ingin melakukan tranformasi dalam diri kita.

Namun sebuah hijrah yang berkesan perlu mepunyai sebuah pengorbanan, yang mana pergorbanan itu perlu dilakukan secara berterusan. Bagi berbicara dengan lebih mendalam soal pengorbanan ini ana bukanlah orang yang terbaik untuk menghuraikannya. Yang nyatanya sebuah hijrah perlunya kepada sebuah pengorbanan biarpun sekecil-kecil hijrah kita.

Ya Allah. seketika diakhir tahun ini, InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi sahabat/i ini., berkati semua keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezkinya, jauhkan daripada fitnah penganiayaan & penghinaan, suburkn benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Ameen Ya Rabbal A'lamin.. Salam Maal Hijrah 1431

Wallahu a'lam.

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;