Monday, December 7, 2009

Meletakkan 'STANDARD' Tarbiah Diri Melalui Proses Muhasabah...


Kalau dulu, mujadid dan pemikir muda sentiasa berfikir, betapa perlunya sebuah indikator bagi menilai sejauh manakah tadhiyah (pengorbanan) yang perlu dicurahkan dan sebanyak manakah istilah jihad aplikasikan dalam kehidupan seharian semata-mata untuk mengharap pertemuan yang bahagia antara Allah dan abid Nya.

Namun, sunatullah Allah itulah telah menjadi kepada kayu ukur kemantapan Iman masing-masing. Namun, sejauh mana kita percaya dan terus percaya, bergantung kepada bagaimana keyakinan kita kepada janji Allah yang telah tercoret dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

INDIKATOR PERTAMA : NAHI MUNGKAR

Jika dilihat dengan teliti, mencegah kemungkaran bukan sesuatu yang mudah. Biarpun berjubah, beserban dan bersandal atau berpakaian ala-ala alim ulama', proses mencegah kemungkaran bukanlah sesuatu yang amat senang umpama memetik jari. Berbicara tentang pakaian pula, ia sebenarnya tidak menjanjikan apa-apa dalam mewujudkan satu indikator dalam menilai tahap Iman seseorang. Dalam Sirah Nabi SAW, seorang ketua munafiqin yang menjadi dalang kepada berlakunya fitnah ke atas Saidatina Aisyah R.Anha, Abdullah Bin Ubai Bin Salul, pernah memohon kepada Rasulullah untuk memakai pakaian baginda sewaktu ajalnya hampir tiba. Namun, pakaian itu tidak diertikan dengan apa-apa, bahkan ganjaran untuk orang munafiqin itu tetap ke neraka.

INDIKATOR KEDUA : KEBENCIAN TERHADAP MAKSIAT

Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh Ibnu Qayyim yang bertajuk " Atharul Ithim fil Hayah - Kesan dosa dalam Hidup" mengatakan bahawa : Seorang Fajir (orang yang melakukan maksiat) yang berasa senang dengan perbuatannya (maksiat itu) adalah merupakan diantara tanda-tanda mereka yang jauh dari Rahmat Allah Taala. Ini bermakna, andaikata di dalam hati kita, terdetik perasaan bahawa melakukan dosa itu adalah tidak mengapa, melakukan maksiat sekali sekala bukanlah satu kesalahan, maka berawaslah !! Anda kemungkinan berada di luar lingkungan Rahmat Tuhan!

INDIKATOR KETIGA : PASANGAN YANG SOLEH

Pernah ditanya oleh seorang anak murid kepada seorang ulama, berkenaan dengan pencarian jodoh. Soalan itu dijawab oleh ustaz itu dengan penuh berhikmah dengan mengaitkan sebuah kisah ahli sufi yang menginginkan jodoh yang cantik dan solehah. Nak dijadikan cerita, ulama itu pun berkata, " Wanita yang kamu mahukan untuk jadikan dia seorang isteri itu ada di syurga, maka bersiaplah! nescaya engkau akan menemuinya... ". Ini menunjukkan bahawa jodoh yang terbaik, atau bagaimanakah sikap jodoh kita adalah mencerminkan KITA sebenarnya. Itulah ukuran yang Allah berikan. Firman Allah : Lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik... (Al-Ayat). Kata Allah lagi : " Boleh jadi suatu perkara (yang ditentukan oleh Allah itu) adalah baik untuk kamu, tetapi kamu tidak ketahui (Al-Ayat). (Maaf, saya tidak ingat ayat dan surahnya...)

INDIKATOR KEEMPAT : MERASA MANISNYA IBADAH

Bak kata iklan didalam televisyen, " Baju yang kotor, boleh di cuci, hati yang bersih sukar dicari... " (lebih kurang lah ayatnya gitu). Ya, ia adalah benar dan tepat sekali. Malangnya, si ibu didalam iklan itu tak menutup aurat, sekaligus mengesahkan hati yang kotor memang mudah diperolehi. Hati yang kotor tidak memaniskan ibadah sebenarnya. Bahkan, ia lebih membuatkan mereka rasa sengsera dan berat melakukan ibadah wajib mahupun sunat.

Moga Allah mempelihara iman kita dari mencapai tahap terendah dalam mencari kemanisan ibadah, Insya Allah
:)
********************************************

Sumber http://full-timemuslim.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;