Sunday, December 13, 2009

Mengukir Sebuah Senyuman


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Al-Hasyr (59) : 18.
''Kamu tidak akan pernah mampu menarik simpati orang lain dengan harta benda yang kamu miliki, tetapi kamu mampu menarik simpati orang lain dengan wajah ceria (senyum) dan dengan akhlak yang baik.''
(HR Abu Yu'la dan Al-Baihaqi).


Setiap manusia yang sempurna sifat fizikalnya, pasti mempunyai bibir samada berwarna merah hati, merah ataupun sebagainya lagi. Akan tetapi, tidak setiap orang mampu dan biasa untuk menzahirkan sebuah senyuman, yang bagi kita hanya semudah melebarkan atau melontar sebuah senyuman. Agaknya kenapa ya? Senyum memiliki dampak yang beragam. Cuba bayangkan jika kita melihat seorang sahabat yang biasanya tersenyum, tetapi di kemudian harinya senyum itu lenyap dari wajahnya. Tentu kita akan tertanya-tanya mengapa?

Hanya dengan sebuah senyuman, pasti akan membuat orang lain merasa senang, aman, tenteram dan damai. Namun ada juga senyuman yang akan membuatkan seseorang menjadi teriris hatinya. Inilah yang disebut dengan senyuman sinis. Ada pula senyuman yang membuat orang yang melihatnya menjadi mabuk kepayang hingga terjerumus ke lembah maksiat. Inilah senyuman menggoda yang dilemparkan para lelaki dan wanita penggoda. Senyum sejenis ini tentu akan membawa bencana kerana akan menyebabkan orang melanggar larangan Allah SWT.
Subhanallah, beginilah hebatnya impak sebuah senyuman yang lahir dari seraut wajah seorang manusia.

Ada juga senyum yang membuat hati kita bergetar melihatnya. Itulah senyum keikhlasan dari seorang hamba yang ikhlas menerima ujian Allah SWT. Ada lagi senyum yang membuktikan ketabahan. Inilah senyuman dari orang yang tabah dalam menerima ujian, baik itu berupa bencana alam mahupun kepahitan hidup. Selain itu, ada juga senyuman yang penuh dengan ketulusan. Senyum ini membuat orang yang melihatnya ikut berbahagia.

Di antara manfaat senyum adalah sebagai suatu elemen penambah daya tarik kepada diri kita. Seyuman Ikhlas yang lahir dari hati yang ikhlas pasti membahagiakan orang disekeliling kita. Orang yang murah senyum kepada sesama akan mendapatkan pahala dari Allah SWT. Sebab, senyum yang berangkat dari ketulusan hati merupakan suatu sedekah.

''Senyummu terhadap saudaramu adalah kebajikan.''
(HR At-Tirmidzi) .

Begitulah dahsyatnya impak dari sebuah senyuman yang mempunyai banyak erti. Sehinggakan Rasulullah SAW menegaskan hal tersebut dalam hadisnya.

Pernah diriwayatkan dalam suatu kisah, ada suatu ketika Rasulullah SAW kerlihatan berwajah masam ketika seorang pemuda melewati di hadapan baginda dengan rambut yang terpacak-pacak. Kerana merasa diperhatikan, pemuda itu tertanya-tanya di dalam hatinya.

Apakah gerangan yang membuat Rasulullah SAW bermuka masam padanya? Ternyata, rambutnya yang terpacak-pacakan itulah yang menjadi penyebabnya. Ketika pemuda itu melewati sekali lagi di hadapan Rasulullah SAW dengan penampilan yang lebih menarik, maka Rasulullah SAW mengembangkan senyumnya. Itulah senyum Rasulullah SAW kepada umatnya. Lalu, sudahkah kita menjadikan senyum sebagai modal utama dalam mendakwahkan Islam di muka bumi ini?

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
Al-Ahzab (33) : 35

Wahai saudaraku, Mari kita sampaikan yang hak dengan senyum, sapa dan salam penghormatan.

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Dunia Mu berseri,

Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum, Ku tersenyum,
Kemesraan menguntum.


Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;