Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa diberi pilihan samada untuk melakukan kebaikan atau keburukan, pilihannya terserah kepada empunya diri. Baik buruknya pilihan kita itu, nanti kita lah yang akan menanggungnya.
Seseorang yang melakukan solat, puasa, zakat, menggembirakan ibubapanya, menuntut ilmu, menyebarkan seruan ALLAH dan RasulNya, menyampaikan hajat saudaranya, membuang halangan di jalanan dan lain-lain amalan mulia, sudah pasti itu semua termasuk dalam perkara-perkara yang terpuji dan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan ganjaran pahala. Semua perkara dianggap ibadah selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syarak yang telah ditetapkan, dan setiap ibadah yang kita lakukan, insyaAllah akan diganjari dengan pahala, Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Sebaliknya, seseorang yang tidak solat, menderhakai ibubapanya, tidak amanah, menyakiti hati jiran dan rakan, mengumpat, menfitnah dan bermacam lagi perbuatan tidak bermoral lain, sudah tentu akan mengundang kemurkaan ALLAH dan berdosa. Dan bagi mereka yang melakukan perkara yang bertentangan dengan suruhan Agama, maka jawabnya ialah musibah, bala dan bencana, mungkin juga didunia, dan mungkin juga diakhirat dan mungkin kedua-duanya. Mohon kita dijauhi dari golongan yang menimba dosa didunia ini.
Pilihan di tangan kita. Sangat beruntung orang yang memilih untuk membuat kebaikan. Bukan sahaja akan disukai oleh makhluk, malah mendapat ganjaran yang berganda-ganda dari Tuhan yang Maha Pemurah.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“ALLAH Azza wa Jalla berfirman: Jika hambaKu hendak melakukan suatu kejahatan, maka janganlah kalian menulisnya hingga dia melakukannya. Jika dia melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama. Jika dia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-KU, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Dan jika dia hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Jika dia melakukan kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali.”
(HR Muttafaq ‘Alaih)
SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH, daripada hadis diatas ini dapatlah kita fahami bertapa mudahnya untuk kita mendapat pahala. Dengan hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun, sudah diganjari pahala. Lebih beruntung lagi jika niat baik yang terzahir itu kita realisasikan. Maka berlipat kali gandalah pahala yang mampu peroleh. Jadi susahkahuntuk kita memperoleh pahala? Tepuk dada tanya iman kita.
Maha Pemurahnya ALLAH. Sayangnya DIA kepada kita. Kasihnya DIA kepada kita. DIA tidak lokek untuk mengurniakan pelbagai ganjaran kepada hambaNYA. Asalkan kita memilih untuk membuat kebaikan.Tetapi sebaliknya, apabila kita berniat untuk melakukan perkara kejahatan, dosa hanya akan diberi jika kita melakukannya. Itulah yang telah disabdakan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.
Bagi orang yang sihat imannya, hadith di atas sudah cukup memberikan harapan yang besar kepadanya untuk sentiasa membuat kebaikan. Ia cukup untuk memotivasikan diri agar sentiasa memikirkan dan mengusahakan kebaikan dalam setiap masa kehidupannya.Ayuh muslimin sekalian, bulatkan tekad untuk kita berlumba-lumba dalam mengejar pahala dan ganjaran yang bakal tersedia di akhirat nanti. Dunia ini umpama sebuah ladang yang tandus, jika kita bajai dengan iman, nescaya ladang yang tandus, gersang itu pasti subur dengan rimbunan takwa.
Memang ALLAH subhanahu wata’ala nak beri kepada kita bermacam nikmat keseronokan di syurga nanti. Tetapi, terlebih dahulu kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba membuat kebaikan.
Hari-hari yang kita tempuhi, tersedia di hadapan peluang dan ruang untuk kita melakukan perkara kebaikan. Jangan kita katakan perbuatan baik yang kita lakukan sia-sia. ALLAH itu sifatnya Maha melihat. ALLAH itu sifatnya Maha Mengetahui. ALLAH itu sifatnya Maha Mendengar. Dan pastinya setiap kebaikan yang kita lakukan akan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan pahala yang berganda-ganda.
Jangan kita remehkan setiap perbuatan baik yang hendak kita lakukan atau orang lain lakukan. Kerana, walau hanya dengan memberikan senyuman pun, ia dikira sebagai suatu kebaikan.
Semoga tulisan yang ringkas ini mampu memberikan kita semua sedikit peringatan bahawa ALLAH Maha Pemurah dengan nikmat, rezeki dan pahala untuk dikurniakan kepada hamba-hambaNYA. Mudahnya untuk mendapat pahala…
WAllahu Ta’ala A’lam.

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.