Assalamualaikum..
Terpanggil diri ini untuk membuka sedikit pekung minda kita, antara relevan ataupun tidak? Isunya berkisar tentang Pendidikan Seks atau nama lainnya Pendidikan Reproduktif.
Perlukah usia seawal 6 ke 7 tahun diperkenalkan dengan subjek sebegini?
Seolah-olah tidak masuk akal, kain yang putih jika dicorakkan dengan warna hitam maka hitamlah jadinya. Seawal usia itu, jika diperkukuhkan dengan asas agama yang kukuh, insyaAllah lebih mendatangkan kesan yang lebih baik. Corakan minda kanak-kanak lebih efektif seawal usia ini kerana seawal usia itu perkembangan otak mula semakin rancak. Jika inilah yang diperkenalkan seawal usia itu, maka ana dapat menjagkakan suatu lebih buruk akan berlaku.
Inikah jalan penyelesaiannya?
Jika dilihat dibarat, pendidikan ini diperkenalkan untuk mengurangkan kehamilan, di England umpamanya, kehamilan dikalangan remaja bawah 18 tahun telah berjaya dikurangkan dengan adanya Pendidikan Sex di sekolah yang diberi nama Sex and Relationships Education. Adakah ini yang hedak dielakkan atau kita sebenarnya hendak menghalang perbuatan zina. Maka ini bukanlah jalan penyelesaian yang sepatutnya diambil oleh Kementerian Pendidkan Malaysia. Bagi ana, perkara tidak relevan untuk dikaji apalagi dilaksanakan , kerana jalan penyelesaiannya cuma satu, iaitu kembali kepada Islam secara menyeluruh. Islam itu satu-satunya jalan penyelesaian yang dapat menyelesaikan permasalahan ini secara total. Jika pemikiran manusia juga hendak dipakai, maka tunggulah keputusannya.
Bersama ini, ana kongsikan artikel dan pautan-pautan yang berkaitan dengan perlaksanaan Pendidikan Seks ini.
**************************************
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Pendidikan SEKS akan diajar diseluruh sekolah di Malaysia untuk menangani pembuangan bayi. PENDIDIKAN SEKS HANYA SEKADAR UNTUK KAWAL KES BUANG BAYI, BUKAN UNTUK MENCEGAH ZINA, BUKAN UNTUK MENCEGAH SEKS BEBAS. PENDEKATAN ISLAM DIPINGGIRKAN DI NEGARA ISLAM UNTUK MENANGANI KES BUANG BAYI.
*******************
Saturday October 2, 2010
Sex education to go national
PUTRAJAYA: The Government will extend sex education in schools nationwide to address baby dumping, said Tan Sri Muhyiddin Yassin. The Deputy Prime Minister said creating an accurate understanding of reproductive health among the young was vital in reducing baby dumping.
BURUK BAIK PENDIDIKAN SEKS , SILA BACA DI BAWAH INI :
Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil
Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?
Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?
Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan
Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.