Situasi 1
Seorang guru atau pensyarah sedang mengajar dihadapan dengan penuh keikhlasan. Beberapa orang pelajar dibahagian hadapan sedang memberi tumpuan di dalam kelas. Malangnya segelintir pelajar di bahagian belakang kelas sedang sibuk bersembang dengan rancaknya, malah sehingga mengganggu pengajaran guru dihadapan sekaligus mengganggu pelajar-pelajar di hadapan yang sedang memberi tumpuan.
Situasi 2
Seorang pengunjung A sedang makan tengahari disebuah kedai makan di bandar ibu kota. Dengan perut yang sedang lapar, maka pengunjung A tadi terus memesan makanan yang disediakan didalam menu. Selang beberapa minit, hidangan pun sampai, maka pengunjung tadi pun memulakan suapan pertamanya. Kemudian datang seorang pengunjung B lagi menghampiri kedai dan duduk di meja belakang pengunjung A lalu memesan hanya minuman. Sementara menunggu minumannya sampai, pengunjung B tadi mengeluarkan sekotak rokok dari poketnya lalu mengeluarkan sebatang rokok, lalu dihidupkan pemetik api untuk menyalakan rokoknya. Pengunjung A yang sedang menikmati juadahnya terus hilang selera disebabkan asap rokok tadi.
Bagaimana perasaan sahabat-sahabat jika perkara ini berlaku pada diri kita sendiri?
Dua situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri kita, mungkin di dalam kelas dan mungkin juga di kafe-kafe atau gerai makan.Mungkin perasaan geram, marah dan sebagainya akan timbul dalam diri kita dan mungkin juga sumpah seranah dan makian yang terkubur dalam hati yang tak mampu untuk diluahkan secara kasarnya.
Pernahkah orang yang melakukan perkara-perkara itu mengendahkan kehadiran kita?
Dunia ini bagaikan mereka yang punya, suka hati mereka lah nak lakukan apa saja yang mereka suka, mereka nak bising ke, nak hisap rokok berpulu-puluh batang ke, terpulang pada diri mereka. Mungkin itulah jawapan yang paling tepat yang ana boleh katakan bagi pihak mereka. Jika dilihat dari perspektif kita mungkin mereka ini boleh di golong dalam golongan yang sebenarnya menafikan hak orang lain. Apabila menyebut menafikan hak orang lain, maka istilah yang boleh ana katakan tepat untuk mereka ialah zalim.
Kenapa Zalim?
Apabila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya maka itu dikira zalim. Seorang yang membuat bising didalam kelas ketika mana guru sedang mengajar dan pelajar lain sedang menumpukan pada pengajaran guru dikira zalim kerana dia telah menggaggu hak guru yang sedang mengajar dan pelajar lain yang sedang belajar. Manakala seorang perokok dikira zalim kerana dia telah menafikan hak orang lain untuk menhirup udara segar yang diciptakan Allah kepada setiap makhluk dimuka bumi ini.
Tidak tepatkah andain ana ini?
Ketika mana kita sedang seronok dengan perbuatan kita, orang lain sedang sengsara dengan perbuatan yang kita lakukan. Adilkah begitu wahai sahabat-sahabat? Ana tinggalkan persoalan terakhir ini untuk kita sama-sama muhasabah diri kita semula, mungkin banyak lagi perkara yang kita dah nafikan hak orang lain, cuma 2 perkara ini yang hendak ana ketengahkan. Cuba kita fikir-fikirkan semula, pernah tak kita nafikan hak orang lain.
Wallahualam..
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.