Sunday, November 21, 2010

REDHA ALLAH ATAU REDHA MANUSIA



ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.

Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.

Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.

Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.

Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.

Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

----------------------------------------------------------

Mencetuskan kejahatan dan mudharat di kalangan manusia tidak dirasakan salah. Semuanya dirasakan patut atas alasan kononnya untuk kebebasan, kemajuan, kebudayaan, kesamarataan dan segala slogan yang diciptakan untuk menjauhkan manusia dari agam Islam.

Itulah kata mereka, para pendukung fahaman jahiliyah (sekularime). Tetapi hati kecil mereka tetap tidak merasakan sedemikian. Fitrah asal mereka tetap sepertimana yang Allah s.w.t. ciptakan, suka kepada kebaikan dan benci pada kejahatan. Apa yang Allah s.w.t. suka, maka hati kecil mereka pun akan suka. Apa yang dibenci Allah s.w.t, hati manusia ini akan benci. Tetapi, jika fitrah semulajadi manusia itu sudah rosak, maka dia akan melihat yang jahat itu baik dan sebaliknya. Allah s.w.t. telah mencabut hidayah dari hati mereka dan mengecap hati mereka hingga tidak dapat lagi menerima kebenaran. Tidak mustahil lambat laun, Allah s.w.t. pun mereka akan nafikan. Kerana, hanyalah memenuhi kesenangan sementara atas desakan hawa nafsu.

Firman Allah s.w.t.:

"Dan aku tidak (menyatakan) diri bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu sangat mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku maha Pengampun, Maha Penyayang" ( Surah Yusuf :53)

Nafsu itu tidak pernah merasa puas. Setiap kali kita mengikut kehendak nafsu, kita melawan fitrah kita. Setiap kali itu jugalah kita akan menderita. Orang yang paling kuat berbuat dosa dan maksiat adalah orang yang paling tidak bahagia. ALLAH dan manusia turut membencinya. Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila perbuatan lahir dan batin kita mengikut kehendak Allah s.w.t. dan Rasullah s.a.w. Fitrah asal manusia kita bersetuju dengannya. Dan kebahagiaan yang sebenar ialah apabila segala anggota kita dapat mencetuskan kebaikan dan manfaat untuk manusia lain.

Maka, contoh kepimpinan di atas menunjukkan azam bagi mereka yang mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia. Tidak sekali mencari redha manusia untuk mengundang murka Allah s.w.t. InsyaAllah.

-----------------------------------------------

"Kebaikan di dunia dibangun atas dasar taqwa... Keimanan adalah senjata dan taqwa adalah pelurunya... Iman adalah penjaga dan pelindung bagi seorang mukmin dan taqwa menambah keimanan dan mengukuhkannya..."


sumber : http://hidupyangdamai.blogspot.com/

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;