Monday, February 28, 2011

Cakna Sejarah : TAHUKAH ANDA?




Ramai yangg tidak mengetahui kita telah pun berada dlm DARURAT selama 30 tahun. Dua hari selepas 13 Mei 1969,pemerintahan DARURAT telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong. walau pun kita telah melalui detik hitam tersebut lebih 3 dekad yang lalu, perisytiharan DARURAT tersebut tidak pernah ditarik balik, malah pakar2 perundangan menganggapnya terus bernyawa hingga kini.

Sejarah negara Malaysia pasca-merdeka memperlihatkan empat kali DARURAT diisytiharkan. Pada 1964,negara dikejutkan dgn slogan "GANYANG MALAYSIA" oleh presiden Sukarno lalu bermulalah konfrantasi dengan Indonesia dan diikuti oleh DARURAT di seluruh negara. Satu lagi darurat besar yang melibatkan seluruh negara ialah tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku 5tahun kemudian.

Walau bagaimana pun ada dua DARURAT kecil yang hanya melibatkan sesebuah negeri iaitu DARURAT 1966 di Sarawak dan DARURAT 1977 di Kelantan yang tercetus akibat pertikaian politik. 

Menurut Perkara 150 Fasal(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong berkuasa utk mengisytiharkan perintah DARURAT apabila baginda berpuashati bahawa satu DARURAT besar berlaku dan keselamatan atau kehidupan ekonomi serta ketenteraman awan didalam negara terancam olh kerananya.

Jika DARURAT bermula dengan satu perisytiharan, bagaimanakah pula ia sepatutnya ditamatkan?
 
Mengikut Perkara 150 Fasal (3), keadaan DARURAT adalah berterusan sehingga perisytiharan DARURAT tersebut ditarik balik olh Yang Di Pertuan Agong atau dibatalkan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 

Di antara empat perisytiharan DARURAT yg disebut tadi, yg mana kah telah tamat dan masih hidup?
Persoalan ini pernah dihadapkan kpd Privy Council di England pd 1979 melalui kes Teh Cheng Poh lwn Public Prosecutor. 

Privy Council berpendapat bahawa walaupun perlembagaan memperuntukkan prosedur rasmi untuk menamatkan sesuatu perisytiharan DARURAT,namun apabila satu perisytiharan DARURAT baru yang meliputi seluruh persekutuan dibuat, perisytiharan lama dianggap ditarik balik dengan sendirinya.

Olh itu, perisytiharan DARURAT 1964 dan 1966 telah ditarik balik setelah DARURAT 13 Mei 1969 diisytiharkan. Perisytiharan DARURAT 1977 pula telah tamat apabila Yang Di Pertuan Agong menamatkan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977,tiga bulan setelah ia diisytiharkan. 

Oleh itu, hanya tinggal perisytiharan DARURAT besar 1969 yang masih hidup hingga kini kerana ia tidak pernah ditarik secara rasmi dan ia juga tidak menerima apa apa kesan daripada perisytiharan DARURAT 1977 yang hanya khusus untuk Kelantan sahaja.

Kedudukan ini memang diakui oleh pihak kerajaan sendiri. Dalam perisytiharan DARURAT Kelantan pd 1977,Yang Di Pertuan Agong menyebutkan bahawa perisytiharan tersebut hendaklah menjadi "tambahan" kpd perisytiharan DARURAT yg dibuat akibat tragedi 13 Mei 1969.

Kemudian,pada tahun 1979,Menteri Undang-Undang telah berucap ddlm Parlimen dan menyatakan perisytiharan DARURAT 1969 mesti diteruskan kerana bahaya-bahaya tersembunyi masih berada di sekeliling kita.

Sejauh mana kesannya keadaan ini kepada perjalanan undang undang dan pemerintahan negara jarang sekali ditimbulkan walaupun oleh ahli-ahli politik. 

Persoalanya, adakan kuasa-kuasa DARURAT boleh digunakan pada bila-bila masa sekarang?

Seperti mana yg kita semua maklum, kuasa-kuasa DARURAT merupakan kuasa yg tidak terbatas yg dimiliki oleh PIHAK PEMERINTAH. Pemerintah berkuasa membuat undang-undang baru tanpa melalui Parlimen dan tanpa boleh dicabar di mahkamah walaupun undang-undang tersebut bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan. Jika beliau mahu, sebagai Pengarah Majlis Tindakan Negara pada 1969,Allahyarham Tun Abdul Razak boleh bertindak dengan lagak seorang DIKTATOR. Walau bagaimana pun, sejarah membuktikan beliau adalah seorang yg jujur dan ikhlas. Sungguhpun begitu tidak semua pemimpin berjiwa seperti Tun Abd Razak.

Pemerintahan DARURAT adalah perkara yang terakhir sekali patut difikirkan didalam sebuah negara moden.

Ia boleh diibaratkan sebagai : "SENJATA TERAKHIR UNTUK SURVIVAL SESEBUAH NEGARA, TETAPI IA JUGA BOLEH DISALAHGUNAKAN DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA."

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;