Tuesday, February 1, 2011

Semasa : Hosni Mubarak VS Rakyat Mesir



wahai sahabat2 dan rakyat2 yang mampu berfikir, ambil iktibar dari sekarang peristiwa ini.. akibat dri pemerintahan yang korup, rakyat mula sedar dan bangkit mempertahankan hak mereka.. adakah kita mahu perkara begini berlaku di negara kita, ayuh kita bangkit dan lakukan perubahan..
Sistem pemerintahan Mesir di bawah rejim Hosni Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat, penipuan dalam pilihanraya, rakyat Mesir terus tertekan dengan kehidupan di sana.

Kini kesabaran sudah sampai waktunya. Kemarahan rakyat Mesir semakin meluap-luap dan sudah mencapai kemuncak demontrasi untuk tuntutan bagi mengembali pemerintahan yang lebih adil kepada mereka. Yang pastinya rakyat Mesir mahukan Hosni Mubarak letak jawatan !!



Selama berpuluh-puluh tahun rakyat Mesir menderita di bawah rejim Hosni Mubarak, kini sudah tiba untuk mereka melakukan dan menuntut perubahan besar dalam pemerintahan Mesir. Satu persatu BONEKA YAHUDI akan tumbang. INSYAALLAH…!!! Hanya masa akan menentukan. Pemberontakan rakyat Mesir yang bermula kelmarin berlanjutan sehingga malam hari selama 48 jam dan mengikut laporan luar negara sehingga sekarang demonstrasi masih berlanjutan, sehinggalah regim mubarak/yahudi tumbang.






Walaubagaimanapun, Hosni Mubarak letak syarat, antaranya akan tinggal (perintah) untuk sepenggal dan anak beliau, Gamal Hosni Mubarak untuk menggantikannya nanti. Apa maksudnya di sini?

“Ini bermaksud rakyat Mesir akan keluar mulut singa, dan kemudiannya mulut buaya”

USA terpaksa suruh Hillary Clinton untuk keluar kenyataan masuk campur dalam keadaan demontrasi rakyat Mesir. Jikalau regim Hosni Mubarak Mubarak tumbang, kepentingan USA, Yahudi Zionis di Timur Tengah akan longgar disebabkan Mesir ini seperti benteng bagi USA dan Yahudi Zionis. Dikhabarkan juga jikalau Hosni Mubarak jatuh, USA dikatakan ada pilihan kedua untuk naikkan pro USA dan Yahudi Zionis.



Diharapkan keadilan Palestin sakan lebih terbela sekiranya Diktator Hosni Mubarak tumbang. Doa-doa orang yang dizalimi sudah mula dimakbulkan. InsyaAllah! Kalau tanya kami patutkah rakyat Mesir bangkit seperti yang ada sekarang? Ya, memang patut pun, kami sangat-sangat bersetuju. Mana pilihan yang terbaik :

Susah untuk tempoh-tempoh seminggu yang terakhir ini untuk mereka berjuang habis-habisan menuntut keadilan dan menentang pemerintahan zalim Hosni Mubarak dan akhirnya kemenangan berpihak kepada rakyat Mesir atau…..
Terus-terusan ditindas, ditekan dan dizalimi dan membiarkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak dan kemudian dengan anaknya menekan rakyat Mesir?

Sampai bila mahu rakyat Mesir perlu tunggu?

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;