Tahukah Adam dan Hawa bahawa, ketegasan itu perlu buat Adam dan peringatan itu juga perlu buat Hawa kerana buatmu Adam (yang sudah berkahwin), kaki mu sebenarnya berada di antara dua tempat, sebelahnya di NERAKA dan sebelah lagi di SYURGA. Dan juga buat mu Hawa peringatan itu penting kerana kau mampu membantu Adam menjadi seorang ahli SYURGA. Jika benar wujudnya kasih sayang di antara Adam dan Hawa maka sama-sama lah menjaganya.
Oleh kerana sifat dayus mu Adam dan sifat tidak peduli Hawa maka akan wujudlah 4 golongan Adam yang akan di heret oleh Hawa ke dalam NERAKA.
- Pertama:- ‘Ayahnya’ – Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
- Kedua:- ‘Suaminya’ - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
- Ketiga:- ‘Abang-abangnya’ – Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
- Keempat:-’ Anak Lelakinya’ – Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan Hawa bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum Adam yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar seperti mana firman ALLAH S.W.T.:-
” Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai Hawa, kasihankan bapa mu, suami mu,abang-abang mu serta anak-anak lelaki mu. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas.
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA. Semua kaum muslim masuk syurga. Janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Wallahua'lam..
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.