Saturday, April 30, 2011

Jenaka : Nak Date Boleh?

Salam, buat sahabat yang tengah tension dan serabut di minggu-minggu peperiksaan akhir ni, apa kata kita hiburkan hati kejap dengan sebuah jenaka yang dipetik dari seorang blogger yang kreatif ni http://www.aimanazlan.com/2010/08/nak-date-boleh.html hanya sebuah jenaka yang punyai mesej yang tersirat. Moga diperoleh pengajaran dan selamat berjaya dalam peperiksaan akhir..

Venue: Pasar

Ahmad: Assalamualaikum

Anis: Waalaikumussalam wbt

Ahmad: Anis, nak date boleh?

Anis: Hai Ahmad, gatal nampak. Puasa ke tak ni?

Ahmad: Apa salahnya? Nanti ko jugak yang untung tau.

Anis: Hai, haram tu. Tiada untungnya, kerugian semata-mata.

Ahmad: Mana ada. Ini benda baik.

Anis: Ajaran apa ko pakai ni? Mana boleh!

Ahmad: Aik, apa kes ni? Ini tradisi kita turun-temurun la.

Anis: Tradisi apakah ini? Tradisi yang aku tau hanyalah yang termaktub dalam Islam. Paling tidak pun, yang tidak bercanggah dengannya.

Ahmad: Hmm...mintak penjelasan.

Anis: Wahai Ahmad, lelaki dan perempuan yang belum berkahwin haram bermesra-mesra ni. Hatta yang bertunang pun tak leh bermesra-mesra tau. Ni siap girlfriend boyfriend la. Bukak puasa sama-sama kononnya Islamik. Berdating sana sini. Di bulan Ramadhan pulak tu! Astaghfirullah.

Ahmad: (Gelak kecil)

Anis: Astaghfirullah, boleh dia gelak?

Ahmad: Apa yang ko cakap semuanya betul. Aku setuju 100%!

Anis: Habis tu, apsal gelak-gelak?

Ahmad: Maaf Anis ye, aku nak mintak kurma (date) sekilo.

Anis: ...


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Surah Al-Israk)

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;