Di sebuah majlis ilmu yang dihadiri ramai pemuda dan pemudi, tiba-tiba seorang pemuda yang mengikuti kuliah itu mengangkat tangan (menandakan untuk bertanyakan soalan), ustaz yang asyik berceramah tadi tersentak lalu memberhentikan ceramah beliau untuk memberi laluan kepada pertanyaan pemuda tadi.
Pemuda : Ustaz saya ada soalan untuk ustaz, ini berkenaan masalah saya.
Ustaz : Baik silakan bertanya.
Pemuda : Macam ni ustaz, saya ni ada couple la senang cerita ustaz.
Ustaz : Baik teruskan.
Pemuda : Tapi tak ada la sampai pegang-pegang ustaz, just hari-hari jumpa lepak, makan sekali, tak salahkan ustaz?
Ustaz : Ok beginilah (lalu ustaz pun menerang dengan panjang lebar bahawa bercouple ini mendekatkan kepada zina)
Pemuda : Tapi ustaz.(persoalan demi persoalan, dan alasan demi alasan diberikan bagi menyenangkan hatinya)
Perbualan ini berlarutan panjangnya sehingga masuknya waktu Isyak.
Hanya sekadar sketsa yang sahaja direka untuk mengambarkan apa yang ana ingin kupaskan, berkenaan tajuk yang sudah ana letakkan diatas.
Islam Sebagai Agama Yang Sempurna
Islam adalah agama yang cukup sempurna bertepatan dengan firman Allah :-
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagimu ...”
[Al-Maa’idah: 3]
Islam yang sampai kepada kita hari ini sudah cukup sempurna untuk kita patuhi dan kita amalkan. Syariat yang diturunkan cukup jelas akan sesuatu hukum samaada ianya wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Setiap hukum ada asbab atau penjelasannya kenapa ditegah dan kenapa difardhukannya(wajib). Namun menyedari realiti hari ini, ada yang mempertikainnya. Mereka berpendirian bahawa seolah-olah Islam dibelakangi zaman. Ternyata andaian dan pendirian mereka ini meleset di telan arus zaman dan akhirnya ramai yang akan berpatah balik kepada Islam.
Fahami Islam Untuk Orang Lain Memahami
Islam adalah suatu agama yang perlu difahami dan sememangnya bukan Islam yang perlu memahami keperluan dan kehendak kita. Fahami untuk difahami, itu sebenarnya konsep yang sepatutnya kita amalkan. Kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami Islam kerana dasar perlembagaannya adalah Al-Quran dan as-Sunnah. Jika kedua-dua dasar ini tidak fahami nescaya ramai orang yang mengharapkan supaya Islam memahami kehendak dan keperluan mereka.
Islam ini adalah agama fitrah, sebaik sahaja kita ditiupkan roh, maka kita telah bersaksi dengan Allah untuk patuhi perintahnya dan meninggalkan larangannya. Memahami Islam tersangatlah perlu di zaman Ghazwatul Fikr (peperangan pemikiran) yang serba mencabar dan penuh dengan fitnah kerana ditakuti akan timbullah hakim-hakim, ustaz dan ustazah yang tidak bertauliah meleparkan fitnah kepada Islam, dek kerana kejahilan mereka.
Hakim-Hakim, Ustaz & Ustazah Tanpa Tauliah
Hakim-hakim, ustaz dan ustazah tanpa tauliah yang ana ingin maksudkan ini adalah mereka yang bercakap dan berhujah dengan tidak mempunyai suatu dalil dan nas pun(peringatan buat diri), ya kalau ada pun mungkin yang hanya berkitab dan bergurukan akhbar atau media cetak tanpa sebarang penyelidikan dilakukan terlebih dahulu seterusnya menerima bulat-bulat apa yang dikhabarkan. Allah pernah memperingatkan kita dengan ayatnya :-
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”
[Al-Hujurat: 6]
"Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus”
[Al-Hujurat: 7]
Setiap sesuatu hujah kita perlu diperkukuhkan dengan nas dan dalil yang sahih agar tidak mengelirukan orang lain dan agar tidak menjadi fitnah kepada agama.
Indahnya Islam Jika DiFahami
Menyedari isu yang sedang hangat diperkatakan kini, ana mengambil kesempatan ini bagi menyatakan pandangan ana dan menjawab beberapa persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan kadar pengetahuan yang cetek ini supaya sama-sama kita fikirkan kembali. Isunya ialah berkenaan larangan bacaan al-Quran di pembesar suara. Ana bersetuju dengan fatwa berkenaan kerana adanya dalil-dalil yang kukuh yang dijadikan sandaran iaitu berkenaan hadis nabi ini:-
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat”
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Jelas dalam hadis ini Rasulullah S.A.W melarang supaya menguatkan suara bacaan al-Quran, kalau kita teliti dan amati walaupun didalam masjid kerana dikhuatiri menggaggu jemaah yang lain. Islam menekankan agar menghormati sesama manusia kerana itu adalah apa yang disebut sebagai hablum minannas (hubungan manusia dangan manusia). Kita dilarang menyakiti orang lain walaupun mereka itu terdiri daripada golongan kafir zimmi.
Jadi timbul pula ketidak puas hatian dikalangan ummat Islam sendiri sehingga mampu menyenaraikan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh orang kafir seperti nyalakan anjing, pemasangan colok pada raya cina dan sebagainya lagi. Jawapan ana mudah sahaja, jika agama atau perbuatan mereka begitu, maknanya mereka tidak diterapkan dengan nilai-nilai yang baik, kita lihat sahaja bagai mana Islam mampu menunjukkan sifat atau akhlak islamiyah itu lebih mulia, tidakkah kita berbangga dengan Islam? Jika kita seperti mereka apa bezanya ajaran Islam dengan agama mereka, Indahnya Islam namun tiada siapa pun yang nampak, jadi kita perlu memperbetulkan perspektif kita terlebih dahulu, fahami dan teladani dahulu apa yang dianjurkan Islam, nescaya Islam juga akan dihormati.
Jadi timbul pula ketidak puas hatian dikalangan ummat Islam sendiri sehingga mampu menyenaraikan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh orang kafir seperti nyalakan anjing, pemasangan colok pada raya cina dan sebagainya lagi. Jawapan ana mudah sahaja, jika agama atau perbuatan mereka begitu, maknanya mereka tidak diterapkan dengan nilai-nilai yang baik, kita lihat sahaja bagai mana Islam mampu menunjukkan sifat atau akhlak islamiyah itu lebih mulia, tidakkah kita berbangga dengan Islam? Jika kita seperti mereka apa bezanya ajaran Islam dengan agama mereka, Indahnya Islam namun tiada siapa pun yang nampak, jadi kita perlu memperbetulkan perspektif kita terlebih dahulu, fahami dan teladani dahulu apa yang dianjurkan Islam, nescaya Islam juga akan dihormati.
Refleksi Dari Sebuah Perspektif & Kehidupan
Ayuh kita lihat pada gambar di atas, apa yang saudara/i dapat lihat pada gambar di atas ini. |
Kemungkinan ramai diantara kita akan menjawab menjawab titik hitam, kenapa titik hitam dan tidak warna putih yang lebih dilihat, sedangkan warna putih di sekelilingnya lebih banyak mengelilingi titik hitam tersebut. Inilah buktinya bahawa kita lebih melihat kepada perbezaan dan kecacatan dan mengenepikan apa yang sepatutnya kita lihat.
Ayuh pula kita saksikan sebuah kisah penghijrahan seorang artis tanah air ini. Rata-ratanya ramai yang mengenali beliau, beliau adalah Wardina Saffiyah.
Atas dasar apa beliau berubah, dasarnya adalah kefaham tentang agama. Sebagai contoh, mungkin ramai saudari yang diluar sana memakai hijab/tudung, namun apabila ditanya, mengapa saudari memilih memakai tudung? Ada yang mampu menjawab dengan dalil (alhamdulillah), ada yang mampu menjawab kerana perintah Allah tetapi tanpa berdalil dan tak kurang juga ada yang menjawab sebab mak ayah suruh. Ini realiti yang sebenarnya umat Islam sedang lalui dan perlu hadapi, mahu tidak mahu, terpaksa juga kita telan kenyataan ini.
Peringatan ini adalah peringatan untuk semua terutama sekali kepada yang menulis, semoga dengan penulisan ini kita sama-sama berubah untuk memahmi Islam dengan lebih mendalam, supaya kita tidak mudah dimanipulasikan oleh orang lain.
Wallahua'lam
Fardhu ( wajib )
Suatu perintah yang mesti di kerjakan . apabila melakukan akan mendapat pahala. Sekiranya ditinggalkan mendapat Dosa. Fardhu terbahagi kepada dua : -
Suatu yang dilakukan mendapat pahala , tepapi sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat dosa
Haram
Sesuatu yang dilarang melakukannya , sekiranya dilakukan mereka akan mendapat dosa Dan jika ditinggalkan mendapat Pahala
Makhruh
Sesuatu yang yang tidak digalakkan untuk melakukanya , sekiranya dilakukan tidak mendapat dosa , tetapi sekiranya di tinggalkan mendapat pahala
Harus
Sesuatu perbuatan yang dilakukan tidak mendapat pahala , tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.
Diperingatkan bahawa penulisan ini hanya sekadar pandangan peribadi sahaja, dan jika ada pandangan dan teguran boleh tinggalkan komen anda di bawah atau terus kepada emel ana islamicshabab88@gmail.com
Banyak lagi video ceramah dan tazkirah boleh didapati di RSH Media yang dikumpulkan dari medium YouTube untuk manfaat bersama. Bagi yang ingin menyumbangkan video ceramah, tazkirah dan sebagainya boleh lah berbuat demikian dengan meninggalkan link YouTube tersebut di Fan Page Rintihan Seorang Hamba di Facebook. Harap Maklum
Muat Turun gambar di atas dengan resolusi yang sebenar hanya di Rintihan Seorang Hamba
Sila klik di sini :-
:: Agama MendidikSila klik di sini :-
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.