Friday, August 5, 2011

Ramadhan : Transformasi Diri & Istiqamah

Ramadhan sering kali dikaitkan dengan tranformasi diri, namun apa sebenarnya yang menyebabkan Ramadhan di kaitkan dengan sebuah tranformasi diri? Apakah hanya pada setiap kali kunjungnya Ramadhan ini akan berlaku suatu transformasi? Ramadhan bulan Ibadah, kenapa tidak pada bulan-bulan yang lain?

Memahami Tranformasi Dan Istiqamah

Transformasi secara definisinya dapatlah kita ertikan sebagai suatu perubahan yang mungkin dari segi rupa bentuk, sifat dan fungsi sesuatu. Namun apabila dikaitkan dengan Ramadhan, ia amat sinonim dengan suatu perubahan sifat atau perlakuan seseorang. Kenapa tidak kita katakan Ramadhan  bulan reformasi diri, kerana mungkin perubahan yang berlaku hanyalah sedikit dan bukannya secara drastik. Namun boleh juga kita katakan ia bulan reformasi kerana jika dilihat gelagat segelintir dari kita, yang sebelumnya jarang berkunjung ke rumah Allah untuk solat jemaah tiba-tiba mampu hadir memenuhkan rumah-rumah Allah. Alhamdulillah.

Manakala istiqamah adalah bererti berdiri tegak di suatu tempat tanpa bergeser kerana kata akar istiqamah dari kata "qaama" yang bererti berdiri. Maka secara etimologinya istiqamah bererti tegak lurus. Merujuk kepada kamus, istiqamah diertikan sebagai sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten. Menurut Umar al-Khattab r.a:
"Istiqamah adalah komitmen terhadapa perintah dan larangan dan tidak boleh menipu."


Namun sedih rasanya jika tranformasi ini terhenti hanya jika berakhirnya Ramadhan. Kita mungkin tidak terlepas dari golongan ini yang mana hanya berusaha untuk melakukan suatu perubahan hanya dalam sekadar masa yang terlalu singkat, perubahan hanya mampu bertahan selama 30 hari.

Ramadhan Bulan Syaitan-syaitan DiBelenggu

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka  jahannam akan ditutup, dan syaitan akan dibelenggu.


Mungkin ramai yang akan menggunakan alasan ini. Manusia sememangnya mudah lupa kerana musuh sebenar pada diri ialah diri kita sendiri, syaitan boleh dikategorikan sebagai musuh kedua dan ianya nyata namun yang tidak nyata adalah nafsu. Kenapa diri kita adalah musuh, malah diri kita yakni nafsu adalah musuh terkuat sebenarnya yang kita tidak sedar.

Jadi Mengapa  Tidak Istiqamah?

Nabi menyebut dalam hadisnya:
"Dilingkari jalan menuju Syurga itu dengan perkara yang berlawanan dengan nafsu dan dilingkari Neraka itu dengan sesuatu yang selari dengan nafsu"


Nafsu adalah tunggangan syaitan dan itulah laluan utamanya. Namun hairan ya, mengapa ketika bulan ramadhan kita mampu mengekang nafsu dari berbagai kemungkaran, malah mampu melakukan suatu transformasi yang luar biasa? Kita mampu membendung, mengekang, menumpas dan melemahkan nafsu yang menjadi tunggangan syaitan sepanjang bulan ramadhan, namun megapa kita tidak mampu pada bulan-bulan yang lain? Persoalan ini masih menjadi tanda tanya pada ana sendiri.

Bagaimana Mengekang Nafsu?

Kata-kata hikmah Hubaib
"...Sakitilah nafsu mu kerana ia adalah tunggangan suyaitan, jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan untuk digunakan bagi merosakkan mu. Bakarlah is dengan api zikir, lemahkan is dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang Khusyuk'. Jaganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat, mereka mencari kebahagian dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu....."


Begitu mendalam kata-kata hubaib ini yang perlu kita renungkan. Nafsu perlu di kekang dan menjadi tunggangan kita bukan sebaliknya nafsu yang menunggang kita. Nafsu boleh diibaratkan seperti seekor kuda liar. Kuda liar ini jika di didik dan dijinakkan, mampu dijadikan haiwan tunggangan. Nafsu juga begitu. Namun kita perlu kepada solusinya:
  1. Tekad membara yang membakar kecemburuannya terhadap dirinya.
  2. Seteguk kesabaran untuk memotivasi dirinya agar bersabar atas kepahitan yang dirasakan sewaktu mengekang hawa nafsu.
  3. Selalu memeperhatikan hasil yang baik dan kesembuhan yang didapat dari seteguk kesabaran.
  4. Selalu mengingati pahitnya kepedihan yang dirasakan daripada kelazatan menuruti kehendak hawa nafsu.
  5. Hendaklah lebih mengutamakan manis dan lazatnya menjaga kesucian diri dan kemuliaanya daripada kelazatan kemaksiatan.
  6. Hendaklah bergembira dapat mengalahkan musuhnya, membuat musuhnya merana dengan membawa kemarahan, kedukaan dan kesedihan.
  7. Senantiasa berfikir bahawa kita diciptakan bukan untuk memperturutkan hawa nafsu namun kita diciptakan untuk sebuah perkara yang besar, yaitu beribadah kepada Allah pencipta dirinya. 
Sejenak Refleksi Diri

Ramadhan sememangnya bulan terbaik melakukan perubahan atau tranformasi diri, namun tranformasi ini perlulah disertai dengan kesungguhan dan komitmen yang jitu bagi menghasilkan suatu momentum atau kekuatan bagi diteruskan pada bulan sesudah berakhirnya Ramadhan. 30 hari sepanjang bulan Ramadhan merupakan momentum yang terbaik untuk dijadikan tapak kepad sesuatu transformasi diri. Ayuh kita sama-sama doa kan  moga transformasi yang berlaku di bulan ramadhan ini dapat kita kekalkan.


Doa Tetapkan Hati 1
Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas



Doa Tetapkan Hati 2
Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Muat Turun gambar di atas dengan resolusi yang sebenar hanya di Rintihan Seorang Hamba
Sila klik di sini >

:: Doa Tetap Hati 1
:: Doa Tetap Hati 2 


Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;