Assalamualaikum..
Salam Syawal yang ke -6 hari ini bersamaan 4 September 2011 kepada semua pengunjung yang masih setia berkunjung walaupun blog ini yang jarang-jarang di update. Alhamdulillah, kita telah hampir seminggu terpisah dari madrasah Ramadhan, apa khabar rasanya iman kita pada hari ini? Ana mengharapkan iman kita sentiasa cergas dan sihat supaya dapat melaksanakan perintah Allah dengan sempurna.
Pengenalan RSH Media

Hasil Video Sebagai Medium Dakwah
Ramai diantara kita mungkin sedar bahawa 'method' dakwah boleh berubah-ubah dan berkembang mengikut peredaran zaman dan suasana semasa. Menyedari hakikat ini, admin sedang berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin video berunsur dakwah yang meliputi:-
- Ceramah
- Wacana Islam
- Iklan Dakwah
- Dokumentari Islam
- Puisi
- Doa
- Zikir
- Tazkirah
- Nasyid
- Semasa
- Dan lain-lain lagi
Admin kurang berkemahiran dalam mencipta dan meng'edit' video, jadi usaha ini admin serahkan kepada yang pakar utk melaksanakannya, namun admin tidak mahu melepaskan peluang melalui medium ini, kerana admin menyedari medium dakwah melalui video ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat kerana mesej penyampaiannya ringkas, padat dan mudah untuk difahami.
Menerima Sesuatu Dengan Kajian
Namun harus di ingat, setaip sesuatu yang diterima jangan kita ambil bulat-bulat, harus ada pencarian, kajian dan bacaan untuk memastikan kesahihan penyampaian tadi. Peringatan ini diberikan kerana mungkin apa yang mungkin terkandung di dalam RSH Media ini terlepas dari penelitian admin, jadi admin menyeru kepada saudara/i yang mendapati ada sesuatu yang mencurigakan, cepat-cepat buat kajian dan carian dan tolong maklumkan pada admin supaya dapat diperbetulkan.
Berkongsi Untuk Manfaat Bersama
Peringatan : Belajar untuk menerima sesuatu dengan fakta yang diselidiki terlebih dahulu
Syarat Perkongsian
Sebarang perkongsian bolehlah berbuat demikian kepada admin melalui :-
- islamicshabab88@gmail.com atau
- Fan Page Rintihan Seorang Hamba atau
- Ruangan Komen Facebook di bawah post ini
dengan hanya beberapa syarat mudah seperti berikut:-
- Video mesti daripada YouTube sahaja
- Video Berunsur seperti yang telah pihak admin maksudkan di atas
- Jika video dihasilkan sendiri, tolong nyatakan nama dan link YouTube anda
- Jika video hanya dikongsikan daripada orang lain, tolong sertakan link peng'upload'
- Sebarang video ceramah yang ingin dikogsikan mestilah berdurasi penuh (pihak admin tidak akan memasukkan video ceramah yang dipotong-potong). Jika video mempunyai bahagian-bahagian atau 'Part' bersambung tolong sertakan sekali.
Hanya tinggalkan link YouTube yang saudara/i ingin kongsikan pada medium pilihan yang telah pihak admin nyatakan di atas. Link-link ini akan disaring terlebih dahulu dan setiap video yang dikongsikan pihak admin akan berikan kredit kepadanya sebagai pengupload dan sebagai orang yang berkongsi.
Sekali lagi pihak admin menyeru untuk sama-sama menyampai, memperkenal, dan menyumbang untuk Islam yang kita cintai. Sebar luaskan untuk manfaat bersama.
