Saturday, June 21, 2008

Perjuangan Bangsa Vs Perjuangan Agama

Assalamualaikum, alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan serta nikmat iman dan Islam yang tidak terhingga. Di kesempatan kali ini ana ingin mengambil peluang memperbincangkan masalah kefahaman masyarakat kita pada hari ini. Mungkin tajuk yang ana pilih kali ini sudah lama diperbincangkan tetapi sejauh mana kita menyedari kepentingan agama berbanding bangsa.

Sebelum ana berceloteh panjang, ana ingin mengajukan beberapa soalan kepada saudara/i, yang pertamanya sejauh mana saudara/i faham tentang perjuangan?, yang keduanya bangsa atau agama yang sebenarnya perlu diperjuangkan?

Hakikat Perjuangan
Inilah persoalan yang pertama berlegar-legar di minda ana, sejauh manakah kita sebagai hamba faham makna sebenar hakikat perjuangan. Kenapa kita perlu faham makna perjuangan? Mungkin ada yang akan mempersoalkan soalan ini kepada ana. Memahami sesuatu istilah mungkin akan dianggap remeh bagi sesetengah pihak, tetapi bagi ana pemahaman amat penting kerana daripada kefahaman yang mendalam maka akan terwujudlah rasa dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai khalifah Allah.

Istilah perjuangan, menurut satu pendapat adalah perlaksanaan kata-kata dan suatu pengorbanan. Oleh itu siapa yang menjadi pejuang, maka dia harus mempertahankan kata-katanya supaya boleh dijadikan satu ideologi.

Maka sering, meskipun tidak semua, istilah yang sering diketengahkan oleh para pejuang adalah pembebasan atau kemerdekaan bagi nasib orang yang ditindas. Penyataan ini mungkin akan membawa kegerunan kepada sesetengah pihak dimana mereka sering mengaitkan perjuangan dengan peperangan. Kefahaman inilah yang seharus diperbetulkan kerana perjuangan tidak semestinya dikaitkan dengan berlakunya peperangan. Sebenaranya kehidupan kita seharian ini merupakan salah satu perjuangan yang mungkin kita tidak sedar. Kita bekerja untuk meneruskan hidup dimuka bumi Allah ini dengan mencari rezeki,itu juga merupakan salah satu perjuangan. Malahan ana sebagai mahasiswa yang sedang mencari ilmu juga tergolong dikalangan orang-orang yang sedang berjuang.

Bangsa VS Agama
Sebenarnya persoalan ini sudah tidak perlu dipersoalkan lagi kerana semuanya telah diperjelaskan didalam Al-Quran, sesungguhnya Allah mengangkat agama Islam itu lebih dari segala-galanya(ana mohon maaf kerana tidak dapat mengemukakan dalil) bukannya bangsa ataupun yang selainya. Allah tidak pernah memuliakan mana-mana bangsa mahupun bangsa arab asal-usul keturunan nabi tetapi masyarakat melayu kita pada hari ini lebih mahu mengangkat martabat bangsa berbanding agama kita iaitu Islam.

Ana terkadang berasa malu dengan non-muslim kerana ana dapat lihat kesungguhan yang ditunjukkan mereka dalam usaha mengangkat martabat agama mereka. Kita sepatutnya berasa amat malu dengan keadaan kita sekarang kerana kita bukan sahaja tidak bertanggungajwab terhadap agama malahan menjatuhkan maruah kita yang bergelar orang Islam, kita sepatutnya lebih sensitif terhadap agama kita bukannya bangsa yang kita agung-agungkan.

Sebelum ana mengakhiri coretan kali ini, ingin ana peringatkan diri ana dan saudara/i sekalian bahawa sesuatu bangsa itu tidak akan berguna tanpa agama yang diredhai Allah..

"Di kala orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka tidak sedikitpun mengubah janjinya"
Al-Ahzab:23

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;