Saturday, June 21, 2008

Salam Pengenalan

..::Salam Pertemuan Dan Salam Ukhwah::..
Ahalan Wa Sahlan
Selamat Datang
Lontaran salam ini ana tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Pertamanya ana ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi 2 nikmat yang tidak mungkin diganti dengan nikmat-nikmat yang lain, dimana nikmat ini bukanlah satu nikmat yang mudah dicari dan dicapai iaitu nikmat iman dan Islam. Bukan semua makhluk Allah ini mendapat nikmat yang sebegini agung, 2 nikmat inilah yang menyedarkan kita bertapa bertanggungjawabnya kita sebagai 'khalifatullah', ini merupakan amanah yang besar yang perlu kita galas sebagai hambanya yang lagi hina.

Diri ini bukanlah seorang yang mahir dalam penulisan mahupun berkata-kata dikhalayak ramai. Tetapi kekurangan ini membuatkan ana terfikir sehingga menyebabkan berbagai persoalan timbul dalam diri ana, sampai bila ana harus berdiam diri, apa sumbangan ana, bagaimana ana hendak mengubah diri ini. Justeru itu ana mengambil kesempatan dan peluang yang ada ini untuk mula mengorak langkah setapak demi setapak, mungkin pembinaan blog ini adalah sebagai satu jawapan dan permulaan bagi ana untuk lebih berani melontarkan pandangan serta hujah-hujah.

Namun tetap juga timbul persoalan yang membuatkan ana tefikir buat kali kedua, apa pandangan orang terhadap tulisan dan kata ku nanti? Setelah di fikir-fikirkan semula semuanya hanyalah satu alasan yang membuatkan ana menjadi lebih pengecut. Jika di fikirkan semua orang pernah melakukan kesilapan, setiap kesilapan haruslah ditegur dan diperbetulkan jadi tiada siapa yang sempurna termasuk jugalah ana. Inilah merupakan tapak asas kepada pembinaan blog ana yang tidak seberapa ini.

'Rintihan Seorang Hamba' menjadi tema ana kerana ana ingin memperingatkan diri ana dan saudara/i sekalian bertapa lemah dan kerdilnya diri kita dihadapan Yang Maha Agung tiada yang lain melainkan Allah, kita terlalu lemah sehingga terpaksa meraih pertolongan seumpama pengemis dijalanan. Kelemahan ini perlu kita atasi dengan kekuatan usaha, doa dan tawakkal kepada-Nya. Disebabkan kelemahan inilah menyebabkan kita dianjurkan untuk saling ingat-memperingati diantara satu sama lain. Dalam blog ana yang tidak seberapa ini, ana memohon untuk diberikan peluang dan ruang untuk berkongsi pandangan dengan saudara/i semua berkenaan dunia semasa yang melanda dunia kita hari ini. Sekarang bukannya masa untuk kita bersuka ria seperti dahulu, kita sebenarnya telah sedar tentang tanggungjawab kita bersama kepada ummah. Ayuh bagunlah ummah...

:: Selamat melayari blog ana ini

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;