Wednesday, October 1, 2008

Sayunya Takbir Yang Bergema

Bismillahirrohmanirrohim

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Jelas kedengaran dicorong-corong pembesar suara di masjid-masjid mahupun surau-surau serta radio dan tv menandakan tibanya Syawal yang mulia. Bulan yang mana sangat dinanti-nantikan oleh ana ketika kecil suatu masa dahulu. Kemeriahannya membuatkan ana tidak dapat lupakan sehingga hari ini, bertapa seronoknya nak menyambut 1 Syawal suatu masa dahulu.

Dalam mengimbau keseronokan dan kemeriahan itu terselit juga rasa hati ini dengan rasa kesedihan yang kadang kalanya sayu apabila mendengar alunan takbir yang bergema. Kesedihan ini kadang-kadang membuatkan ana menitiskan air mata kerana terkenangkan pemergian arwah atok ana yang kini telah genap 6 tahun pergi meninggalkan ana dan sekeluarga. Pernah ana terfikir bertapa sayunya lagi jika ana letak diri ana sebagai anak yatim piatu yang mana ibu ayah telah pergi meninggalkan serta tiada saudara mara, bagaimana mereka menyambut lebaran Syawal ini? Bertapa tidak dapat ana gambarkan bagaimana rasanya titempat mereka.

"Bersyukur sungguh aku", kata hati ana. Bertapa bersyukurkah kita selama ini jika dibandingkan dengan apa yang ana gambarkan tadi? Sememangnya kita patut bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk berbuat bakti kepada kepada kedua ibu bapa kita lagi ketika ini. Menjelangnya Syawal pagi ini marilah kita terus menerus mengalunkan alunan takbir tanda kesyukuran kita selagi ruang kesempatan masih terkuak luas. Melahirkan rasa kesyukuran sememangnya digalakkan dalm Islam kerana renungkanlah kembali siapa kita dibandingkan dengan Pencipta kita, kita ini insan kerdil lagi hina, dan jahil dengan pengetahuan-Nya yang maha luas.

Ana akhiri coretan kali ini dengan:

Dikala SYA'ABAN melabuhnkan tirainya,
RAMADHAN yang bertandang,
Dan dikala RAMADHAN menuju penghujungnya,
SYAWAL menjelang tiba,
Begitulah rangka ziarah setiap bulan Islam,
Semuanya mengikut kehandak ILAHI,
Tetapi insan ini kekadang lalai dan melawan kehendak ILAHI,
Dikesempatan ini ingin ana memohon sejuta
kemaafan andai diri ini berdosa,
~ Salam Aidil Fitri ~

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;