Sunday, September 28, 2008

Penghujunnya Ramadhan Kali Ini

Semakin hampir kita menuju kepenghujungnya Ramadhan. Sedar tidak sedar memang begitulah pantasnya masa berlalu tanpa kita sedar setiap detiknya berlalu begitu sahaja. Beruntunglah bagi mereka yang menggunakan sebaik mungkin masanya di bulan yang penuh dengan berkat ini, dan rugilah bagi mereka yang mensia-siakan bulan ini. Ramadhan hanya hanya bertandang sebulan dalam kitaran bulan Islam. Adakah kita tergolong dikalangan yang beruntung atau dikalangan yang rugi? Fikir-fikir dan renung-renungkan bertapa beruntungnya kita atau bertapa ruginya kita semasa menjalani tarbiyyah Ramadhan yang semakin singkat yang mana akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Bagi mereka berada dikalangan yang beruntung maka beruntunglah mereka ketika ini, tetapi bagi mereka yang rugi, pastikah kita yang rugi ini dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Sememangnya Ramadhan akan bertandang setiap kali putaran bulan hijrah berlalu, tetapi pastikah kita masih akan diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Dengan berbaki 2 atau 3 hari lagi ini masih sempatkah kita untuk memperoleh sebanyak mungkin amalan atau ibadah untuk memperoleh keberkatannya.

Ramadhan merupakan bulan tarbiyyah kepada seluruh umat Muhammad, tarbiyyah inilah yang akan menjadikan mereka yang menjalaninya merasa seperti baru dilahirkan daripada sebuah madrasah iman dan taqwa. Bagi mereka yang betul-betul menghayati tarbiyyah Ramadhan ini maka akan timbul rasa kesyukuran yang tidak terhingga nilainya kerana mereka yang menghayatinya akan sedar bahawa bertapa sedihnya mereka untuk meninggalkan Ramadhan.

Rata-rata masyarakat kita pada hari ini semakin menunggu-nunggu berakhirnya Ramadhan, itu menunjukkan bertapa ceteknya pemikiran masyarakat kita pada hari ini kerana mereka masih belum sedar dan lalai dengan godaan-godaan yang mereka akan tempuhi selepas Ramadhan. Bukan disini ana nak katakan bahawa didalam bulan Ramadhan tidak ada godaan-godaan, tetapi godaan-godaan semasa dibulan Ramadhan adalah berpunca dari nafsu kita sendiri. Rasulullah pernah berkata bahawa jihad yang paling besar ialah orang dapat menunggang nafsu mereka dan bukannya nafsu mereka yang menungganggi mereka.

Sememangnya godaan yang paling besar ialah nafsu, tetapi pernahkah kita terfikir bahawa bertapa kuatnya kita untuk menempuhi 2 godaan besar setelah Ramadhan berakhir iaitu godaan hawa nafsu dan godaan syaitan. Sedangkan dibulan Ramadhan syaitan-syaitan dibelenggu pun kita tidak mampu menahan nafsu amarah kita, inikan pula menghadapi 2 godaan yang besar sehingga boleh membawa kepada kelalaian dan kealpaan dunia. Sememangnya tugas syaitan adalah menyesatkan manusia, bersediakah kita menghadapinya? Tepuk dada tanya iman kita, sekuat dan setinggi mana tahap iman kita.

Oleh itu, coretan kali ini ana coretkan supaya kita sama-sama renungkan agar kita perlu mengubah sedikit persepsi kita menjelang penghujungnya Ramadahan. Coretan kali ini bukan hendak mengajak sahabat supaya bersedih menjelang tibanya Syawal tetapi sekadar hendak mengingatkan kita yang sentiasa lalai dan leka bahawa cabaran besar menanti kita. Syawal sememangnya perlu kita sambut dengan kegembiraan kerana Syawal merupakan hari kemenangan. Ana akhiri coretan kali ini dengan mohon kemaafan dan keampunan daripada semua andai kata ana terkasar bicara serta melukakan hati sahabat-sahabat sekalian. Semoga Aidilfitri kali ini mendatangakan makna yang lebih bermakna buat sahabat-sahabat sekalian. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya Allah juga dan dizahirkan oleh ana yang jahil....

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;