Thursday, December 4, 2008

Indahnya Percintaan, Suramnya Berumahtangga


Assalamualaikum... Setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan dan nikmat yang tak ternilai hebatnya bagi insan yang bergelar hamba.

Pada post kali ini ana ingin membawa satu topik yang mungkin bukan berkaitan dengan isu semasa tapi berkaitan dengan budaya masyarakat kita hari ini. Ana tak pasti samada topik yang ana nak ketengahakan ini sesuai ana definisikan sebagai budaya ataupun trend masa kini, tetapi yang pastinya topik ini berkaitan dengan cinta sebelum berkahwin dan selepas berkahwin.

Sejak beberapa tahun yang lepas kita sering mendengar ataupun terbaca di dada-dada akhbar berkaitan isu penceraian dikalangan artis-artis yang boleh dikatakan jangka masa rumah tangga mereka tidak bertahan lama berbanding masa mereka bercinta sebelum kahwin, bukan sahaja dikalangan artis malahan boleh dikatakan masyarakat kita juga turut terlibat. Adakah ini merupakan suatu trend masa kini yang menjadikan perkahwinan sebagai satu cara untuk menghalalkan persetubuhan diantara lelaki dan perempuan? Setelah bosan boleh sahaja diceraikan dan digantikan dengan yang lain?

Ini mungkin suatu topik yang amat besar untuk ana huraikan kerana ana masih belum merasai alam berumahtangga. Tetapi apa yang ana nak bawa disini ialah adakah kita sedar bahawa isu yang kita anggap biasa ini makin lama makin menjadi suatu trend yang kita sendiri tidak sedar implikasinya. Sebagai contoh semasa alam percintaan sebelum berkahwin segalanya indah dipandangan mata sehinggakan boleh bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya, akan tetapi selepas berkahwin hanya janji-janji kosong yang tinggal sehingga keindahan percintaannya sebelum berkahwin tidak lagi dirasai sesudahnya perkahwinan, seolah-olah ingin menunjukkan bahawa mereka ingin membina masjid yang kukuh tapi terbengkalai dipertengahan jalan.

Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Sedar tidak sedar masa telah pantas berlalu dan yang telah berlalu hanyalah suatu sejarah yang pasti tidak akan mampu diubah. Bila mana penceraian berlaku maka porak perandalah sebuah keluarga yang pada zahirnya tercipta diatas perasaan cinta antara dua makhluk. oleh kerana cinta dan matlamat perkahwinan itu tidak didasarkan kepada cinta pada Pencipta-Nya maka inilah yang sedang masyarakat kita alami.

Selain itu, mungkin ada sebab lain yang ana akan cuba huraikan. Antara lainya ialan disebabkan perkenalan dan zaman percintaan membuatkan dua insan ini terlalu mengenali antara satu sama lain yang akhirnya membuatkan mereka berasa bosan kerana terlalu mengenali pasangan dan tiada apa-apa lagi yang hendak dikongsikan. Oleh itu, perkahwinan yang hilang serinya mungkin disebabkan zaman percintaan mereka membuatkan mereka mencari jalan lain untuk lari dari masalah mereka sendiri.

Oleh itu, syariat Islam tidak menggalakkan cinta sebelum berkahwin kerana ini mungkin akan menimbulkan masalah-masalah yang ana dah huraikan diatas. Dapatlah disimpulkan bahawa setiap sesuatu yang Islam telah tetapkan ada hikmah-hikmahnya yang kita mungkin tidak sedar kesannya kepada diri kita kelak. Jadi jauhilah percintaan sebelum berkahwin kerana serinya perkahwinan akan hilang setelah perkahwinan, cintanya selepas perkahwian juga akan turut lesap.

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;