Friday, December 5, 2008

Siapa Da'ie? Adakah Kita Da'ie?

Alhamdulillah, ana panjatkan kesyukuran sekali lagi kepada Allah S.W.T kerana masih mengurniakan nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan yang tak terhingga sepanjang cuti semester ini. Suka di sini ana memperingatkan diri ana dan ikhwah dan akhawat sekalian, bahawa manusia sentiasa lupa, leka dan alpa dengan dua nikmat tadi. Nikmat ini sentiasa diabaikan kerana kita tidak sedar akan kewujudannya yang membuat kita terlalu selesa menghadapi hari demi hari yang tak kita duga sepanjang kehidupan kita.

Adakah kita terlalu selesa dengan nikmat ini sehingga terlupa akan tanggungjawab kita? Apakah kita sedar bahawa kita mempunyai amanah yang perlu kita pikul sehari-harian demi untuk mendapatkan keredhaan Allah untuk terus hidup di muka bumi ini? Samada kita sedar ataupun tidak, semua manusia mempunyai amanah yang perlu di pikul dan di galas sebaik-baiknya. Amanah sebagai khalifah ataupun da'ie di muka bumi ini perlu di galas dengan bersungguh-sungguh bagi mengelakkan kemurkaan Allah.

Islam meletak tanggungjawab yang berat kepada manusia agar mereka dapat memimpin sesama mereka bagi mencapai keharmonian dan ketenangan hidup didunia dan diakhirat kelak. Ini sesuai dengan sabda rasulullah:-

"Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam, maka beliau bukan dari golongan mereka"

Setiap perilaku kita akan dipersoalkan kelak dimuka pengadilan, samada kita tergolong dikalangan yang menyeru kepada perkara makruf dan meninggalkan perkara mungkar ataupun kita tergolong dikalangan yang melakukan perkara mungkar. Malah bukan sahaja di muka pengadilan tetapi hakikat realiti sekarang telah menunjukkan bahawa orang bukan Islam telah mula mempersoalkan kredibiliti seorang yang mengaku dirinya Islam.

Islam merupakan agama yang lengkap dan sesuai sepanjang zaman.Selari dengan ajarannya yang berpandu pada Al-Quran dan As Sunnah, sepatutnya Islam boleh diguna pakai sebagai undang-undang sebuah Negara yang bukan sahaja didiami oleh masyarakat Muslim malahan kepada Non-Muslim. Lihat sahaja pimpinan Rasulullah S.A.W. di Madinah, baginda yang pada awalnya hanyalah sekadar orang yang berhijrah dapat memimpin masyarakat Madinah yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya dengan aman dan damai. Inilah kemuliaan dan uniknya Islam. Namun pada masa sekarang kita gagal melakukan seperti mana yang Rasulullah lakukan. Di manakah salah kita? Adakah kita extremist? Adakah kita pernah berfikir sejauh manakah pandangan non-muslim terhadap dakwah yang kita bawa? Sejauh manakah persediaan kita untuk memerintah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai bangsa? Kita tidak perlu pergi jauh, adakah kita bersedia menjadi pemerintah kepada masyarakat pelbagai agama di kampus kita? Renungkan..

Kala ini, pelbagai perspektif negatif terhadap Islam yang kita dengari berbanding dengan kemurniaan yang sepatutnya berlaku. Bagi para dai’e yang seringkali menganggap mereka ialah pejuang-pejuang yang meneruskan rantai perjuangan masyarakat dahulu, dimanakah sebenarnya peranan kita sebagai dai’e. Adakah kita dai’e yang sebenar ataupun sebenarnya kita adalah fitnah kepada Islam? Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah disini? Fikirkan..


Jauh disudut hati kita tidak mahu perkara ini berlaku, namun marilah kita mengambil masa sejenak berfikir dimanakah kedudukan kita. Muhasabahlah diri kita seketika sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anjakan paradigma perlu dibuat selari dengan keadaan semasa di mana-mana kita berada. Pendekatan kita terhadap sesuatu perkara perlu disemak semula untuk memastikan keberkesanannya. Tidak kira di mana kita berada, jangan takut untuk melakukan perubahan terhadap gerak kerja kita asalkan ia masih selari dengan kehendak syar’ie. Dai’e perlu lebih kritkal dan kreatif dalam mendekati mad’u yang kebanyakkannya mahu kepada Islam cuma kurang dari sudut kefahaman. Dai’e should be independent rather than depend on others in many perspectives. Apa perubahan yang perlu kita lakukan? Ana bukan lah orang yang layak untuk membincangkan dengan mendalam isu ini. Referlah kepada ustaz-ustaz dan yang lebih berkelayakan. Memang susah perjuangan dakwah ini namun titik peluh kita lah yang bakal menjadi saksi untuk kita mendapatkan syurga kelak.

“Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.”

Syed Qutb menafsirkan ayat ke-3 Surah Al-Asr, bahawa orang yang hendak membawa kebenaran ini pasti akan melalui kesusahan dan hendaklah dia bersabar.

Post kali ini bukanlah hendak menjatuhkan semangat sahabat ikhwah dan akhawat dalam bergerak kerja melakukan dakwah, tetapi sebagai muhasabah kepada diri ana dan sahabat supaya kita boleh nilai sejauh mana cara penyampaian kita, cara kita membawa Islam dan sebagainya berkaitan dengan Islam. Islam merupakan agama yang indah, tetapi jika kita yang membawanya tidak yakin denganya maka apalagi dengan orang lain, malah kita akan membawa fitnah kepada agama kita sendiri. marilah kita sama-sama fikir dan renung-renungkannya. Wallahu'alam.

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;