Tuesday, April 14, 2009

Disebalik Mata Lelaki

Assalamualaikum

Pada post kali ini ingin ana ceritakan apa yang tersirat dimata seorang lelaki terhadap seorang wanita, dan pada masa yang sama ana ingin menasihatkan buat yang bergelar muslimah berkenaan kepentingan menutup aurat, jika disingkapi atau diketahui oleh seorang muslimah mungkin perasaan malu akan timbul didalam diri mereka terhadap seorang lelaki.

Disebalik mata lelaki tersingkap sesuatu yang rahsia terhadap seorang wanita, wanita merupakan hiasan terindah yang diciptakan oleh Allah buat kaum Adam dan kaum hawa ini diciptakan untuk menjadi pendamping kaum Adam. Kerana wanita seorang lelaki bisa tergugat imannya dan kerana wanita jugalah lelaki juga akan merana diakhirat kelak jika terpesona atau tergoda dengan pujuk rayu seorang wanita. Seorang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan imannya. Apabila seorang wanita melintasi dihadapannya atau ditambah pula dengan bau-bauan yang harum semerbak yang mana dari jauh telah terhidu, maka anak mata lelaki ini akan cuba menghayati seboleh-bolehnya wanita tadi, kemudian segala penafsiran akan bermain-main difikiran, semuanya merupakan mainan nafsu seorang lelaki dan pada ketika inilah samada iman atau nafsu yang yang akan merajai diri.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar ketat sehingga menampakkan bentuk kakinya, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, tetapi jika si wanita tadi memakai seluar ketat, nafsu seorang lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu untuk menghindarkan dosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Hendak ana tambahkan sedikit lagi bahawa dengan pemakaian seorang muslimah yang dianjurkan oleh Islam maka secara tidak langsung wanita tadi telah mendidik dirinya dan juga seorang lelaki untuk mengelakkan dari melakukan dosa, ini merupakan suatu dakwah secara teladan yang mungkin tidak disedari yang ditunjukkan oleh seorang muslimah kepada seorang lelaki dan masyarakat lain terhadapnya.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apa yang tersingkap disebalik mata seorang lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar berseorangan, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, bagi kaum yang sama dengan ana, janganlah menjalar langsung kepada muslimah dan yang sebaiknya bagi seorang lelaki dan wanita itu ialah menundukkan pandangan, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih boleh dikatakan belum menutup aurat, dan jika difahami seorang wanita itu menutup aurat bukalah pekara yang boleh diambil mudah kerana didalam hadis nabi yang lebih kurang maksudnya wanita merupakan penghuni neraka yang paling ramai. Jadi ana ingin menasihati diri ana yang mempunyai adik perempuan dan buat sahabat/i yang juga mempunyai adik perempuan atau kakak-kakak atau buat semua muslimah diluar sana sama-sama lah kita renungikannya. Dan juga buat yang bergelar lelaki maka tundukkanlah pandagan kita itu lebih baik. Semoga perkongsian ini dapat menjadi peringatan bermanfaat buat sahabat/i diluar sana.

wallahualam..


Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;