Setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kehadrat Illahi kerana masih diberi nikmat kehidupan yang sihat dan nikmat kelapangan masa yang ada pada hari ini, dimana 2 nikmat ini sering di sia-siakan kita. Alhamdulillah sekali lagi ana berkesempatan untuk menulis di ruangan maya ini.
Pada post pendek ini ana hanya ingin mengucapkan salam imtihan kepada sahabat/i, bagi sahabat/i di UTM KL minggu depan telah bermulanya peperiksaan akhir tahun dan yang mungkin kebanyakkanya akan menempuhi peperiksaan akhir tahun. Semoga segala persiapan untuk menempuhinya telah dipersiapkan semantap-mantapnya. Untuk makluman sahabat/i yang sentiasa istiqamah dengan penulisan ana di alam maya ini, ana dan beberapa sahabat/i tahun 3 di UTM KL yang lain, sem ini merupakan sem akhir kami di bumi UTM KL. Keputusan selepas inilah yang menjadi penentu dimana ana dan sahabat/i tahun 3 yang lain akan berada, samada menyambung belajar, berkerja ataupun sebgainya.
Dikesempatan ini ana doakan sahabat/i berjaya didunia dan akhirat bagi menempuhi imtihan-imtihan yang mendatang dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mengecapi kejayaan yang di impi-impikan.

