Sunday, August 30, 2009

Sedih Melihat Remaja Sebaya Ku

Selesai solat terawikh sebentar tadi, ana ambil keputusan untuk tidak melakukan solat witir terus, kerana niat untuk bagun qiam pagi nanti, tapi entah bagun entah tidak ana ni. Ana terus meluru ke motor untuk pulang ke rumah. Sampai sahaja di motor, ana pun mulalah hidupkan enjin motor.

Setelah enjin motor dihidupkan ana terus menunggangnya pulang ke rumah. Tetapi sebelum pulang ke rumah ana singgah dulu di sebuah pam minyak, bukan untuk mengisi minyak, tapi untuk mengisi angin tayar. Ana sampai sahaja di pam angin ana lihat seorang pemuda sedang mengisi angin tayar keretanya. Jadi ana pun tunggulah sehingga giliran ana sampai.

Ketika menunggu giliran, kelihatan banyak motor-motor mulai masuk ke pam minyak berkenaan untuk mengisi minyak. Kelihatan penungang-penungangnya remaja yang masih bersekolah dan kesemuanya remaja melayu serta kesemuanya lelaki. Ada yang membawa bendera Malaysia, apa tidaknya esokkan hari merdeka. Semangat merdeka berkobar-kobar dalam diri mereka agaknya. Di ringkaskan cerita mereka ni satu gerombolan yang hendak menyambut merdeka di belakang pantai belakang rumah ana agaknya kerana setiap tahun, apabila tiba hari merdeka dan tahun baru pasti ramai yang akan datang ke pantai belakang rumah ana.

Sedihnya ana, mereka ini tidak langsung menghormati masjid yang terletak berhampiran dengan pam minyak, yang masih belum selesai menunaikan solat witir. Mereka menekan minyak sehingga menghasilkan satu bunyi yang bingit dan bising. Hampir semuanya seperti tidak mengendahkan persekitaran mereka dan masjid yang berhampiran. Setelah mereka selesai mengisi minyak mereka lalu beredar.

Solat witir di masjid yang berhampiran belum pun selesai, masih kedengaran suara lunak tok imam membaca surah. Tidak berapa minit kemudian tiba lah giliran ana untuk mengisi angin tayar motor. Setelah selesai mengisi ana pun mulalah untuk beredar pulang kerumah. Tak sampai 100 meter selepas itu kelihatan seorang pemuda dan seorang pemudi sedang ramah berdating. Mereka rancak bersembang, sekejap sengih, sekejap gelak, entah apalah yang di bualkan mereka sehinggakan tiada rasa sengan langsung dengan rumah Allah yang berhampiran mereka. Mungkin telinga mereka pekak atau sengaja buat tak dengar dengan ayat-ayat Allah yang di alunkan oleh tok imam.

Ana beristigfar dalam hati, mintak dijauhkan perkara sedemikian dari berlaku pada diri ana. Ana pun meluncurlah dengan motor pulang ke rumah. Pada mulanya hati ana tergerak hendak pusing-pusing di belakang pantai sekejap. Sampai sahaja sekerat jalan, tak sampai pun lagi ke pantai, ana dah bepatah balik. Ana berbicara kecil sendirian.
" Buat apalah aku pergi ke pantai sana, mencari maksiat sahaja kalau aku pergi, kalau pergi untuk berbuat amal tak apa juga, inikan pergi untuk melihat maksiat yang dilakukan tanpa ada tindakan, tambah dosa aku ada la "
Jadi ana ambil keputusan untuk pulang terus ke rumah.

Ini lah realiti remaja masa kini yang langsung tak pernah ada rasa malunya dengan Allah. Remaja yang hilang arah pengangan umpama layang-layang yang terputus talinya. Sedih melihat remaja yang sebaya dengan kita yang terlalu bebas sehingga lupa pada diri. Ana berdoa agar ana dan sahabat/i diluar sana supaya dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini..

Wallahu'alam..

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;