Monday, August 31, 2009

Merdekakah Anak Bangsa Kita

Assalamualaikum,

Petang ini ana terpanggil untuk menulis sedikit, perasaan yang entah berbaur marah atau sedih, ana sendiri tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ana setelah membaca sebuah artikel dan komen-komen dari sebuah blog (tukartiub.blogspot.com). Sehinggakan ana sendiri tak tahu bagaimana untuk pemikirkan jalan penyelesaiannya.

Suatu isu berkaitan bantahan Pemuda PAS terhadap konsert yang akan diadakan oleh Michael Learns To Rock yang di anjurkan oleh Genting Hihgland. Suatu tidakakan Pemuda PAS untuk menghalang konsert ini dari di anjurkan ketika bulan Ramadhan ini mendapat kritikan yang hebat tanpa sebarang alasan yang munasabah dari pembaca blog ini dan komen yang langsung mengutuk tindakan baik Pemuda PAS yang ingin menghalang konsert ini dari di adakan. Tindakan mencegah kemungkaran di perlekehkan mereka-mereka ini. Ini antara ulasan atau komen yang ana petik sedikit:-


Tanpa Nama berkata...

ni diorg da xde isu ke pe ni..ritu avril lavinge..ni skg mltr plak..buat dkt genting..lntak p la..maksiat2 judi2 atas sana xnak bising..adehhhhhh..byk g isu pemuda pas oiiii..


kucingsiam berkata...

meow~

PAS jangan jadi buduh ler, macam beruk-beruk KJ, melalak tanpa hala tuju. Orang bikin konsert pun nak protes, bukannya paksa org pergi, tak jamin pun org mampu pergi tiket mahal.

Kasi peluang orang muda pikirlah, orang muda boleh nilai apa yang baik apa yang buruk tak usah PAS susah susah nak protes sini sana. Kalau PAS buat benda yang cool banyaklah pemuda yang ikut jadi tak de masa nak layan konsertlah.

Protes menentang konsert tidak cool.

alahai semua parti politik suka perjuangkan isu picisan, takut nak sentuh isu besar terlalu hot nanti sendiri pun terbakar.


Tanpa Nama berkata...

KALAU TOK KETUA PEMUDA SI TANTAWI TU DAPAT NAIK SAMPAI TAHAP PRESIDEN NANTI, ALAMATNYA JADI AFGHANISTAN LAH MALAYSIA NI.

PERINGATAN!!!!! NEGARA KONONNYA ISLAM PALING POYO DI DUNIA ADALAH AFGHANISTAN DAN ARAB SAUDI, DI SITULAH LETAKNYA MAULANA-MAULANA STIM SENDIRI KEPADA SI TANTAWI N THE GANG SEBENARNYA.

POYO NAK MAMPUS GAYANYA SI TANTAWI TU KALAU BERCERAMAH, ANTI-PENYATUAN UMMAH ANTARA MAZHAB PULAK LAGI.

GUA TAK TERKEJUT KALAU ADA GENG2 TANTAWI NANTI YG TERPENGARUH DGN AL-QAEDA/TALIBAN BAKAL MELETUPKAN DIRI MEREKA DEMI MERAIH SYURGA KUNUN!!!

PIIIIRRRAAAAAAAHHHHH...!!!

P/S: SALAM KEPADA, ABG MAT SABU YANG TETAP SEGAR DI HATI, DIKAULAH BUKTI SUARA GOLONGAN MUDA PAS YANG SEJATI. (WALAUPUN DAH TAK BERAPA MUDA SANGAT... HEHEHE!!!)

Ana simpulkan mereka ini sebagai orang yang masih belum paham. Kasihankan mereka. Adakah kita mahu anak bangsa kita yang berfikiran seperti mereka. Untuk ketahui lebih lanjut antum semua boleh la layari blog ni:-
tukartiub.blogspot.com

Antum semua boleh lihat komen-komen mereka, mereka seperti orang yang tak punya agama. Ana rasa ana hendak berhenti setakat ini sahaja. Terpulanglah kepada antum untuk menilainya.

P/s: Kalau boleh tinggalkan comment antum di blog ana. Apa pandangan antum terhadap mereka? Mohon respon dari sahabat/i?

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;