Monday, September 14, 2009

Awas Bible Online

Salam alhamdulillah hari ini kita telah berada pada 24 Ramadhan, kali ini ana berkesempatan untuk menjenguk sebentar blog sahabat/i yang kebanyakan mengupdate blog masing-masing, dan dikesempatan ini ana ingin menulis sedikit setelah sudah 2 minggu rasanya berdiam diri. Mungkin disebabkan ketandusan idea untuk menulis, mungkin juga kerana kurangnya ana membaca sejak akhir-akhir ini.

Namun ana ambil sedikit masa untuk memberitahu sahabat/i yang belum tahu berkenaan Bible online yang mudah diterima oleh pengguna atau penggiat blogger. Mungkin ada yang sudah sedar bahawa kritian kini sedang bergiat aktif dalam menyebarkan bible dengan cara yang mudah didapati. Baru2 ini ana terbaca suatu artikel daripada sahabat ana bahawa kristianisasi di Sabah semakin menjadi-jadi. Bagaimana sebuah kapal besar dari eropah yang berlabuh di pelabuhan Kota Kinabalu. Cara untuk menarik perhatian oranga ramai ialah dengan banner bertulis 'Floating Book shop', tetapi kebanyakkan buku-bukunya ialah berkenaan dengan kristianisasi dan hanya beberapa sahaja buku-buku lain bagi mengaburi pengunjung-pengunjung.
( Kalau sahabat/i ingin baca berkenaan kapal tersebut lebih lanjut, klik : http://mujahideen-islam.blogspot.com )

Kita tinggalkan cerita berkenaan kapal yang berlabuh di Pelabuhan Kota Kinabalu itu Berbalik kepada tajuk ana, berkaitan bible online yang mudah sahaja didapati dengan hanya kesilapan pada satu perkataan 'blogspot' sahaja akan membawa kepada laman web missionary kristian berkaitan bible. Contoh, cuba antum taipkan (nama blog antum).blogpsot.com atau (nama blog antum).blogpot.com. Ia akan membawa antum terus ke laman web yang ana maksudkan tadi. Hanya dengan sedikit kesilapan sahaja pada ejaan 'blogspot'. Lihatlah bagaimana mereka bersungguh-sungguh untuk menyebarkan dakyah kristianisasi mereka.


Contoh Link ana yang salah ejaannya pada 'blogspot'

http://tintamahasiswa.blogpsot.com

http://tintamahasiswa.blogpot.com

Antum boleh cuba klik pada link atas dan lihat apa yang ana maksudkan.

Jadi berhati-hatilah, dan berpesan-pesanlah kepada sahabat/i yang belum tahu, semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita bahawa kritianisasi semakin meluas.

Wallahu'alam..

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;