
Salam Aidil Adha.. Di kesempatan ini ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada pengunjung, sahabat/i dan saudara/i yang berkesempatan menjengah blog ana ini.
"Sesungguhnya ini (menyembelih Ismail) adalah suatu ujian yang nyata (dari Kami) Dan Kami tebus anak itudengan seekor sembelihan yang besar (kibasy). Kamiabadikan untuk Ibrahim (penghormatan) dikalanganorang-orang yang datang selepasnya (iaitu) "Salamun 'aala ibrahim" Demikianlah Kami berikan ganjaran kepada orang-orang muslimin"
( As-Saaffat : 106-109 )
AllahuAkbar (x3).
Dalam menelusuri sejarah ataupun kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, sehebat manakah kita menghayati erti pengorbanan sebenar mereka. Kita tak mampu berkorban sehebat Nabi Ibrahim Dan Ismail, tetapi tanamkanlah cita-cita untuk menjadi yang terbaik seiring usaha demi agama Allah. Walaupun pengorbanan kita kecil, tetapi ingatlah sebuah pengorbanan yang didasarkan hanya kerana Allah semata, insyaAllah redha Allah yang diperoleh.
