"daLam riak waJah, ada paNcaran dAkwaH,
daLam tutur biCara aDa agaMa tarbiYah,
daLam gEraK LanGkaH aDa semangaT MUJAHADAH,
bErsaMa kiTa LUpaKan waJah yang Layu,
kiTa tiNggaLkan biCara piLu,kita kuBurKan LangKah Lesu,
BangKitLah PerJuangan TatKala Yang Hak meNdabik megAh,
keBatilan aKur MEnyeMbah,
ALLAH tahu kita Bersama mEnyeKa peLuh daN aiRmata dEmi ISLAM tERcinta"
Guru, Cikgu, Murabbi, Ustaz/ah, Pensyarah dan apa jua istilah yang membawa erti sepertinya pasti menjadi bicara kita ketika masih bergelar seorang pelajar. Jika ana katakan kita tak pernah terpisah atau kita akan sentiasa bergelar pelajar, sahabat/i setuju ataupun tidak? Bagi ana, kita sentiasa bergelar pelajar kerana setiap hari kita akan belajar dan terus belajar. Hari demi hari yang berlalu mematangkan kita mahupun secara formal ataupun secara tak formal.
Oleh itu kita tak pernah habis belajar. Jadi apabila ana katakan kita adalah pelajar sepanjang hayat, pastinya ada insan yang menjadi pembimbing atau pengajar disekeliling kita, insan inilah yang digelarkan guru, cikgu dan apa jua yang seerti dengannya. Mungkin perkataan G.U.R.U suatu huruf yang ringkas, tapi tanpa G.U.R.U mungkin hari ini ana tak mengenal huruf G.U.R.U, malah mungkin hari ini ana tak mampu menulis di dada blog ini.
Di kesempatan ini, ingin ana mengucapkan selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru dan sesiapa sahaja yang pernah membimbing dan mengajar tetapi tak bergelar guru secara pangkatya. Ingin ana hadiahkan sebuah sajak "Guru Oh Guru" oleh Osman Awang
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.