Thursday, May 20, 2010

Manfaat Luar Biasa Dari Wudhu


Assalamualaikum..

Pada posting ini, ingin ana kongsikan sebuah artikel yang ana terima dari emel yang ana rasa amat bermanfaat untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai yang belum menyedari kelebihan-kelebihan wudhu pada kita, jadi ana kongsikan sebuah artikel "Manfaat Luar Biasa Dari Wudhu" ini untuk sama-sama kita teliti dan kagum dengan kemulian agama Islam..

Oleh Prof Dr H Nasaruddin Umar

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psychiatrist dan sekaligus ahli neurology berbangsa Austria, menemukan sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Beliau mengemukakan bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka iaitu dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini beliau menghubungkan hikmah wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Beliau bahkan menggalakkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan senantiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fikih juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari upaya untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Bahagian yang dibasuh dengan air wudhu, seperti tangan, bahagian muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Karena itu, wajar kalau bhagian itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa bhagian-bahagian yang dibasuh air wudhu memang merupakan bahagian yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh cuping telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana saja kaki ini bergerak setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah bahagian yang paling banyak untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam QS al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sampai siku, dan kaki sampai mata kaki. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahwa, air wudlu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, mulut, pendengaran, tangan, dan kakinya, sehingga yang bersangkutan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam sebahagian hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu .

Wudlu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fizikal). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keadaan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang bersih dan sewaktu-waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Alquran. Wudhu sendiri akan menjaga diri bagi menghindari apa-apa sahaja yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan akan dapat dielakkan apabila berkeadaan dengan wudhu.

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;