Sunday, September 5, 2010

Di Mana Sensitiviti Kita

Pada malam ni ana amat tertarik untuk berbicara berkenaan sensitiviti kita sebagai umat Islam. Ana tertarik untuk mencoret sedikit pada malam ni, gara-gara dari sebuah iklan sebuah stesen tv yang pada pandangan ana boleh menyesatkan aqidah kita sebagai umat Islam. Di mana mesej yang hendak disampaikan adalah berkaitan Eidul Fitri tetapi di cemari dengan elemen agama-agama lain seperti pedati santa claus (kristian) dan juga bunga teratai (buddha), yang mana elemen ni diselitkan bagi mengambarkan semangat 1 Malaysia.


Mungkin disebabkan semangat 1 Malaysia yang menebal, menyebabkan kita barangkali hilang arah sehinggakan kita umat Islam terutamanya hilang sensitiviti kita terhadap agama. Semangat itu pada pandangan ana, tiada salahnya cuma sensitiviti kita terhadap perkara sebegini perlu kita ambil berat kerana ia mampu memesongkan aqidah. Sedangkan kita tahu bahawa elemen yang cuba diselitkan dalam iklan diatas ni adalah perayaan agama kritian dan buddha, kita semua tahu bahawa kita tidak boleh menyambut perayaan agama lain.

Kemerdekaan

Sedar atau tidak kita sebenarnya terjajah dek pemikiran yang dibawa penjajah, sedangkan kemerdekaan yang dilaungkan sudah mencapai 53 tahun. Apa maknanya laungan yang kita laungkan selama 53 tahun ni? Adakah ini yang dikatakan merdekanya dari pemikiran penjajah?
Apa yang mampu ana perkatakan, kita sebenarnya telah jauh dari ajaran agama menyebabkan sensitiviti kita kepada agama semakin berkurangan. Pemikiran yang dibawa penjajah nampaknya membawa kita kepada suatu tranformasi yang mana kita lupa pada agama kita sendiri.

Ayuh rakan, teman, sahabat dan kawan sekalian. Marilah kita kembali menyedarkan diri, menjadi lebih sensitif terhadap isu berkaitan agama kita yakni Islam, yang mana kebelakangan ni semakin ditekan, ditindas, difitnah dan sebagainya lagi, bersatu bagi membulatkan tekad membentuk aqidah islamiah yang mantap supaya kita lebih terkehadapan dengan isu-isu semasa, samada di dalam negara mahupun luar negara. Jangan kita pekung diri kita sehinggakan isu sebegini dapat dihindari dari masyrakat kita di masa hadapan kelak.

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;