Entah berapa lama rasanya, tuan punya blog ni tak mengupdate blognya. Siapalah tuan punya blog ni ya?
Jadi tuan punya blog pun baru hari ni dapat nak menjawab. Pertamanya, ingin lah diri ini mohon keampunan kepada pengikut2 setia blog ni. Alhamdulillah, baru terasa hari ni berkelapangan untuk mengupdate sedikit, setelah sekian lama menyepi, menyepi ni buat sementara waktu saja bukan selamanya insyaAllah, disebabkan beberapa kekangan sesudah kembalinya ke kampus pada bulan yang lalu. Mungkin juga bukan disebabkan kekangan, mungkin juga disebabkan diri ni ketandusan idea. Jadi di hari ni berkesempatan lah diri ni nak jenguk-jenguk balik blog ni yang setelah sekian lama ditinggalkan. InsyaAllah selepas ni akan diupdatekan lah sedikit post baru buat perkongsian bersama.
Wallahu a'lam..
