Saturday, June 30, 2012

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD SAW


Daripada penulis Bestseller Tafsir Perkata dan Asbabun Nuzul yang terjual lebih 200,000 naskah kini, Dr Ahmad Hatta, tampil dengan karyanya yang terbaru,




Judul Buku : Sirah Teragung Muhammad S.A.W
Penulis : Dr Ahmad Hatta, MA
Penerbit : Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd
Rumusan Ringkas Sirah Teragung Muhammad S.A.W. Buku ini disusun dengan merujuk kepada banyak kitab sirah yang mu'tabar (authentic) namun secara umum, majoriti isi buku merujuk kepada buku :

  1. Ar Rahiqul Makhtum karya Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri. Buku ini mendapat penghargaan sebagai juara Pertandingan Penulisan Sejarah Nabi saw anjuran Rabithah Al-Alam Islamiy.
  2. Kolum Hikmah diambil dari buku Silsilah fi Zhilal as Sirah an Nabawiyah karya Amru Khalid. Beliau merupakan insan yang sangat berpengaruh sehingga termasuk sebagai individu yang ke 13 paling berpengaruh di dunia menurut The Time Magazine. Majalah yang sama juga memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher”.
  3. Peta banyak merujuk kepada buku Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW oleh Dr Sami’ bin Abdullah al Magluts.
Buku ini sungguh istimewa kerana :

  1. Penyusunan kisah yang sistematik dan tersusun mengikut urutan peristiwa di dalam kehidupan Rasulullah saw seolah olah kita merasakan perjalanan hidup Rasulullah sendiri dari sejak kelahiran Baginda sehinggalah membawa kepada kewafatannya.
  2. Setiap helaian kertas adalah berwarna dan dilengkapi dengan gambar gambar eksklusif berkaitan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Baginda. Ia sangat membantu untuk mendalami dan merasakan sendiri bagaimana kehidupan Rasulullah dan para sahabat.
  3. Gambarajah perang, peta perjalanan Rasulullah, carta alir peristiwa, jadual ringkasan peristiwa, kolum hikmah dari setiap peristiwa semuanya disajikan bagi memudahkan pembaca memahami dan mengingati sirah Rasulullah saw.
  4. Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.



Percuma CD Album Nasyid Eksklusif Hafiz Hamidun

Dengan setiap naskhah buku Sirah Teragung Muhammad SAW, anda akan menerima CD Album Nasyid Eksklusif oleh Hafiz Hamidun secara percuma.

SENARAI LAGU:

1. Lawkana Bainana
2. Marilah Memuji
3. Dialah Rasulullah
4. Kasih Padamu
5. Hijrah Rasulullah
6. Penyeri Kehidupan (Khadijah RA)
7. Takbir Fisabilillah
8. Muhamma Mustofa
9. Pemergian Rasul

Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen-komen, diharapkan komen-komen dan kesudian saudara/i meluangkan masa dapat kita manfaat utuk tujuan dakwah. Saya Muhammad Syukri berbesar hati menerima sebarang komen dan kritikan bagi penambah baikan dalam memberbaiki mutu penulisan saya di blog Rintihan Seorang Hamba ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;