Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD SAW


Daripada penulis Bestseller Tafsir Perkata dan Asbabun Nuzul yang terjual lebih 200,000 naskah kini, Dr Ahmad Hatta, tampil dengan karyanya yang terbaru,




Judul Buku : Sirah Teragung Muhammad S.A.W
Penulis : Dr Ahmad Hatta, MA
Penerbit : Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd
Rumusan Ringkas Sirah Teragung Muhammad S.A.W. Buku ini disusun dengan merujuk kepada banyak kitab sirah yang mu'tabar (authentic) namun secara umum, majoriti isi buku merujuk kepada buku :

  1. Ar Rahiqul Makhtum karya Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri. Buku ini mendapat penghargaan sebagai juara Pertandingan Penulisan Sejarah Nabi saw anjuran Rabithah Al-Alam Islamiy.
  2. Kolum Hikmah diambil dari buku Silsilah fi Zhilal as Sirah an Nabawiyah karya Amru Khalid. Beliau merupakan insan yang sangat berpengaruh sehingga termasuk sebagai individu yang ke 13 paling berpengaruh di dunia menurut The Time Magazine. Majalah yang sama juga memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher”.
  3. Peta banyak merujuk kepada buku Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW oleh Dr Sami’ bin Abdullah al Magluts.
Buku ini sungguh istimewa kerana :

  1. Penyusunan kisah yang sistematik dan tersusun mengikut urutan peristiwa di dalam kehidupan Rasulullah saw seolah olah kita merasakan perjalanan hidup Rasulullah sendiri dari sejak kelahiran Baginda sehinggalah membawa kepada kewafatannya.
  2. Setiap helaian kertas adalah berwarna dan dilengkapi dengan gambar gambar eksklusif berkaitan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Baginda. Ia sangat membantu untuk mendalami dan merasakan sendiri bagaimana kehidupan Rasulullah dan para sahabat.
  3. Gambarajah perang, peta perjalanan Rasulullah, carta alir peristiwa, jadual ringkasan peristiwa, kolum hikmah dari setiap peristiwa semuanya disajikan bagi memudahkan pembaca memahami dan mengingati sirah Rasulullah saw.
  4. Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.



Percuma CD Album Nasyid Eksklusif Hafiz Hamidun

Dengan setiap naskhah buku Sirah Teragung Muhammad SAW, anda akan menerima CD Album Nasyid Eksklusif oleh Hafiz Hamidun secara percuma.

SENARAI LAGU:

1. Lawkana Bainana
2. Marilah Memuji
3. Dialah Rasulullah
4. Kasih Padamu
5. Hijrah Rasulullah
6. Penyeri Kehidupan (Khadijah RA)
7. Takbir Fisabilillah
8. Muhamma Mustofa
9. Pemergian Rasul

Read More..

Thursday, February 9, 2012

[Repost] Pengenalan RSH Media


Pengenalan RSH Media

Seperti tajuk yang di utarakan di atas, "Pengenalan Kepada RSH Media", pasti ramai yang akan tertanya, apa itu RSH Media? Jadi di kesempatan ini, penulis ingin memperkenalkan sebuah lagi blog yang masih dalam pembinaan, hasil inisiatif dan kesedaran pihak admin untuk berkongsikan satu lagi medium yang bersifat dakwah selain penulisan. Namun karya-karya yang terkandung di RSH Media bukanlah hasil daripada pihak admin tetapi hasil ciptaan saudara/i seakhidah kita dari seluruh dunia. Pihak admin hanya menjadi orang yang bertindak mengumpulkan hasil-hasil karya mereka untuk manfaat kita bersama. Jadi pihak admin mengambil insiatif untuk mengumpulkan video-video berunsur Islam dari medium YouTube dan dikumpulkan dalam sebuah blog yang pihak admin namakan RSH Media (RSH Media bersempena nama blog penulisan pihak admin sekarang iaitu Rintihan Seorang Hamba ringkasannya RSH (http://tintamahasiswa.blogspot.com))
Paparan RSH Media

Hasil Video Sebagai Medium Dakwah

Ramai diantara kita mungkin sedar bahawa 'method' dakwah boleh berubah-ubah dan berkembang mengikut peredaran zaman dan suasana semasa. Menyedari hakikat ini, pihak admin sedang berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin video berunsur dakwah yang meliputi:-


  1. Ceramah
  2. Wacana Islam
  3. Iklan Dakwah
  4. Dokumentari Islam
  5. Puisi
  6. Doa
  7. Zikir
  8. Tazkirah
  9. Nasyid
  10. Semasa
  11. Dan lain-lain lagi yg di rasakan boleh membawa manfaat kepada masyarakat.

Pihak admin kurang berkemahiran dalam mencipta dan meng'edit' video, jadi usaha ini pihak admin serahkan kepada yang pakar utk melaksanakannya, namun pihak admin tidak mahu melepaskan peluang melalui medium ini, kerana pihak admin menyedari medium dakwah melalui video ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat kerana mesej penyampaiannya ringkas, padat dan mudah untuk difahami. 

Menerima Sesuatu Dengan Kajian

Namun harus di ingat, setaip sesuatu yang diterima jangan kita ambil bulat-bulat, harus ada pencarian, kajian dan bacaan untuk memastikan kesahihan penyampaian tadi. Peringatan ini diberikan kerana mungkin apa yang mungkin terkandung di dalam RSH Media ini terlepas dari penelitian pihak admin, jadi pihak admin menyeru kepada saudara/i yang mendapati ada sesuatu yang mencurigakan, pihak admin memohon untuk di buat kajian dan carian dan maklumkan pada pihak admin supaya dapat diperbetulkan.


Peringatan : Belajar untuk menerima sesuatu dengan fakta yang diselidiki terlebih dahulu


Berkongsi Untuk Manfaat Bersama

Di kesempatan ini juga, pihak admin ingin menyeru kepada semua sahabat/iah yang mempunyai kemahiran dalam bidang penghasilan video 'Islamic', sudilah kiranya menyumbang video saudara/i yang berunsur Islam kepada pihak admin untuk kita sama-sama sebar luaskan medium dakwah kita kepada masyarakat dunia (khususnya kepada masyarakat Malaysia kerana ceramah dan sebagainya yang dikumpul banyak menggunakan bahasa ibunda).

Syarat Perkongsian

Sebarang perkongsian bolehlah berbuat demikian kepada pihak admin melalui :- 


  1. islamicshabab88@gmail.com atau 
  2. Fan Page Rintihan Seorang Hamba  atau 
  3. Ruangan Komen Facebook di bawah post ini 

dengan hanya beberapa syarat mudah seperti berikut:-


  1. Video mesti daripada YouTube sahaja
  2. Video Berunsur seperti yang telah pihak admin senaraikan di atas
  3. Jika video dihasilkan sendiri, tolong nyatakan nama dan link YouTube anda 
  4. Jika video hanya dikongsikan daripada orang lain, tolong sertakan link peng'upload'
  5. Sebarang video ceramah yang ingin dikogsikan mestilah berdurasi penuh (pihak admin tidak akan memasukkan video ceramah yang dipotong-potong). Jika video mempunyai bahagian-bahagian atau 'Part' bersambung tolong sertakan sekali. 

Hanya tinggalkan link YouTube yang saudara/i ingin kongsikan pada medium pilihan yang telah pihak admin nyatakan di atas. Link-link ini akan disaring terlebih dahulu dan setiap video yang dikongsikan pihak admin akan berikan kredit kepadanya sebagai pengupload dan sebagai orang yang berkongsi.

Sekali lagi pihak admin menyeru untuk sama-sama menyampai, memperkenal, dan menyumbang untuk Islam yang kita cintai. Sebar luaskan untuk manfaat bersama.

Wallahua'lam..

Link ke RSH Media klik di sini RSH Media


Read More..

Wednesday, February 1, 2012

[IKLAN] Jom Sertai Pertandingan Design Wallpaper "DAKWAH ITU CINTA"

Assalamualaikum..

Salam mujahadah buat semua para pengunjung blog dan sahabat-sahabat, di kesempatan ini ana sekali lagi mohon sahabat-sahabat pengunjung blog untuk bantu ana 'Like' wallpaper yang ana hantar untuk suatu pertandingan yang di anjurkan ilmiislam.com yang bertemakan 'Dakwah Itu Cinta'.
Untuk Cara dan Syarat Penyertaan boleh lah dilihat dengan hanya menekan pada poster pertandingan diatas.
Di kesempatan ini juga ana ingin mengajak sahabat-sahabat pengunjung yang mempunyai kemahiran boleh lah turut sama menyertainya. Disamping itu ana juga ingin mohon jasa baik sahabat-sahabat pengunjung untuk untuk 'Like' 2 wallpaper yang telah ana hantar bagi menyertai pertandingan ini. Di bawah ini ana sertakan gambar dan link wallpaper yang telah ana hantar.

Wallpaper 1
Sila klik pada wallpaper diatas untuk 'Like' wallpaper ini di Facebook ilmiislam.com
Wallpaper 2
Sila klik pada wallpaper diatas untuk 'Like' wallpaper ini di Facebook ilmiislam.com


Setiap 'Like' daripada sahabat-sahabat pengunjung ana dahului dengan ucapan terima kasih tak terhingga..



Read More..

Friday, September 23, 2011

Karnival Intergriti Sahsiah Siswa '11

Karnival Intergriti Sahsiah Siswa (KISS '11)
21 September - 1 Oktober




Jom sama-sama meriahkan

Antara Program Menarik



* Forum : 'Aku Terima Nikahnya'


:: Tarikh : 24/9/11
:: Masa : 8.15 - 11.00 mlm
:: Tempat : Dewan Terbuka UTHM
:: Jemputan : Imam Muda Azhar
                   Ustazah Hafizah Musa

* Ceramah : 'Islam Fobia'

:: Tarikh : 25/9/11
:: Masa : 9.00 - 11.00 mlm
:: Tempat : Dewan Terbuka UTHM
:: Jemputan : Ustaz Syaari Ab Rahman

* Profesional Ladies

:: Tarikh : 30/9/11
:: Masa : 8.30 - 11.00 mlm
:: Tempat : Dewan Kuliah A, G3
:: Jemputan : Nantikan

* Konsert Simfoni Kasih : 'Selangit Kasih Selautan Harapan'

:: Tarikh : 1/10/11
:: Masa : 9.00 - 11.00 mlm
:: Tempat : Pentas Terbuka, Pusat Kokurikulum & Kebudayaan
:: Jemputan : Sham Kamikaze
                   Kumpulan Nasyid Destiny




* Semua Program Yang Dinyatakan Di Atas Berlangsung Di 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) , 
Batu Pahat, Johor
Anjuran : Jkps Mpp Uthm





Read More..

Sunday, September 4, 2011

Pengenalan Kepada RSH Media

Assalamualaikum..

Salam Syawal yang ke -6 hari ini bersamaan 4 September 2011 kepada semua pengunjung yang masih setia berkunjung walaupun blog ini yang jarang-jarang di update. Alhamdulillah, kita telah hampir seminggu terpisah dari madrasah Ramadhan, apa khabar rasanya iman kita pada hari ini? Ana mengharapkan iman kita sentiasa cergas dan sihat supaya dapat melaksanakan perintah Allah dengan sempurna.

Pengenalan RSH Media

Seperti tajuk yang di utarakan di atas, "Pengenalan Kepada RSH Media", pasti ramai yang akan tertanya, apa itu RSH Media? Jadi di kesempatan ini, penulis ingin memperkenalkan sebuah lagi blog yang masih dalam pembinaan, hasil inisiatif dan kesedaran admin untuk berkongsikan satu lagi medium yang bersifat dakwah selain penulisan. Namun karya-karya yang terkandung di RSH Media bukanlah hasil daripada admin tetapi hasil ciptaan saudara/i seakhidah kita dari seluruh dunia. Admin hanya menjadi orang yang bertindak mengumpulkan hasil-hasil karya mereka untuk manfaat kita bersama. Jadi admin mengambil insiatif untuk mengumpulkan video-video berunsur Islam dari medium YouTube dan dikumpulkan dalam sebuah blog yang admin namakan RSH Media (RSH Media bersempena nama blog penulisan admin sekarang iaitu Rintihan Seorang Hamba ringkasannya RSH (http://tintamahasiswa.blogspot.com))

Hasil Video Sebagai Medium Dakwah

Ramai diantara kita mungkin sedar bahawa 'method' dakwah boleh berubah-ubah dan berkembang mengikut peredaran zaman dan suasana semasa. Menyedari hakikat ini, admin sedang berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin video berunsur dakwah yang meliputi:-


  1. Ceramah
  2. Wacana Islam
  3. Iklan Dakwah
  4. Dokumentari Islam
  5. Puisi
  6. Doa
  7. Zikir
  8. Tazkirah
  9. Nasyid
  10. Semasa
  11. Dan lain-lain lagi

Admin kurang berkemahiran dalam mencipta dan meng'edit' video, jadi usaha ini admin serahkan kepada yang pakar utk melaksanakannya, namun admin tidak mahu melepaskan peluang melalui medium ini, kerana admin menyedari medium dakwah melalui video ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat kerana mesej penyampaiannya ringkas, padat dan mudah untuk difahami. 

Menerima Sesuatu Dengan Kajian

Namun harus di ingat, setaip sesuatu yang diterima jangan kita ambil bulat-bulat, harus ada pencarian, kajian dan bacaan untuk memastikan kesahihan penyampaian tadi. Peringatan ini diberikan kerana mungkin apa yang mungkin terkandung di dalam RSH Media ini terlepas dari penelitian admin, jadi admin menyeru kepada saudara/i yang mendapati ada sesuatu yang mencurigakan, cepat-cepat buat kajian dan carian dan tolong maklumkan pada admin supaya dapat diperbetulkan.

Peringatan : Belajar untuk menerima sesuatu dengan fakta yang diselidiki terlebih dahulu


Berkongsi Untuk Manfaat Bersama

Di kesempatan ini juga, admin ingin menyeru kepada semua sahabat/iah yang mempunyai kemahiran dalam bidang penghasilan video 'Islamic', sudilah kiranya menyumbang video saudara/i yang berunsur Islam kepada admin untuk kita sama-sama sebar luaskan medium dakwah kita kepada masyarakat dunia (khususnya kepada masyarakat Malaysia kerana ceramah dan sebagainya yang dikumpul banyak menggunakan bahasa ibunda).

Syarat Perkongsian

Sebarang perkongsian bolehlah berbuat demikian kepada admin melalui :- 


  1. islamicshabab88@gmail.com atau 
  2. Fan Page Rintihan Seorang Hamba  atau 
  3. Ruangan Komen Facebook di bawah post ini 

dengan hanya beberapa syarat mudah seperti berikut:-


  1. Video mesti daripada YouTube sahaja
  2. Video Berunsur seperti yang telah pihak admin maksudkan di atas
  3. Jika video dihasilkan sendiri, tolong nyatakan nama dan link YouTube anda 
  4. Jika video hanya dikongsikan daripada orang lain, tolong sertakan link peng'upload'
  5. Sebarang video ceramah yang ingin dikogsikan mestilah berdurasi penuh (pihak admin tidak akan memasukkan video ceramah yang dipotong-potong). Jika video mempunyai bahagian-bahagian atau 'Part' bersambung tolong sertakan sekali. 

Hanya tinggalkan link YouTube yang saudara/i ingin kongsikan pada medium pilihan yang telah pihak admin nyatakan di atas. Link-link ini akan disaring terlebih dahulu dan setiap video yang dikongsikan pihak admin akan berikan kredit kepadanya sebagai pengupload dan sebagai orang yang berkongsi.

Sekali lagi pihak admin menyeru untuk sama-sama menyampai, memperkenal, dan menyumbang untuk Islam yang kita cintai. Sebar luaskan untuk manfaat bersama.

Wallahua'lam..

Link ke RSH Media klik di sini RSH Media

Read More..
 
Copyright 2011 @ Rintihan Seorang Hamba!
Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Powered by Blogger.
Design by Muhammad Syukri | Bloggerized by Rintihan Seorang Hamba | Powered by Blogger
;